Dakwaan penglibatan secara langsung Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil alih projek loji kuasa arang batu 2,000 megawatt atau dikenali Projek 3B daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu tidak stabil dan bermasalah.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, keputusan itu jika benar tidak menghairakan kerana 1MDB kini tidak boleh menutup kelemahan mereka lagi terutama dari aspek kewangan.
"Saya secara peribadi menyokong pengambilalihan projek ini oleh TNB demi menjamin bekalan elektrik yang cukup untuk masa depan negara.
"Ini amat penting, tambahan pula TNB adalah agensi tenaga eletrik di tanahair kita. Tetapi persoalannya kini di mana pergi dana dan kewangan 1MDB?
"Dahulu Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membuat kenyataan kewangan 1MDB masih kukuh namun apa yang terjadi sekarang membuktikan setiap isu sebenar dan hutang 1MDB selama ini masih tidak terjawab," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Tarif elektrik kekal sehingga Jun 2015
Khairuddin mengulas laporan sebuah akbar yang mendakwa TNB telah mengambil alih Projek 3B daripada 1MDB supaya projek itu dapat dimulakan dengan segera.
Laporan itu memberitahu, 1MDB dan rakan niaganya, Mitsui & Co Ltd telah memenangi tender projek bernilai RM11 bilion itu menerusi tender terbuka kontroversi pada Februari lalu, menewaskan YTL Power International, TNB dan Malakoff Corp Bhd.
Akhbar itu yang memetik sumber sebagai berkata, TNB telahpun memulakan perbincangan dengan Mitsui & Co Ltd untuk memulakan projek itu.
Ia juga telah berunding dengan jurutera daripada Toshiba Corp, IHI Corp dan Hyundai Group, yang mendapat kontrak kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) projek berkenaan.
TNB juga dilaporkan telah memperuntukkan sejumlah RM500 juta untuk memulakan projek itu secepat mungkin selepas 1MDB dikatakan menghadapai masalah aliran tunai untuk memulakan Projek 3B itu, kata sumber itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
Dalam pada itu kata Khairuddin, rakyat mahu tahu apa yang sudah terjadi dengan kewangan 1MDB yang diagihkan pada awalnya untuk projek loji kuasa berkenaan.
"Kita hendak tahu apa terjadi dengan duit-duit 1MDB dan ke mana perginya dana yang diagihkan untuk melaksanakan projek janakuasa 3B.
"Dalam isu ini Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) harus dipersalahkan dan perlu memberi penjelasan kerana meluluskan perundingan terus untuk 1MDB memenangi kontrak ini.
"Ini membawa makna Suruhanjaya Tenaga dan keTTHA tidak bijak melaksanakan langkah sepatutnya ke atas 1MDB.
Kini secara tidak langsung ianya membebankan TNB kerana terpaksa mengguna dana Kerajaan serta wang rakyat untuk menyelamatkan 1MDB," jelasnya.
Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta campur tangan dan segera menyiasat punca anugerah kontrak rundingan terus ini diluluskan.
"Banyak lagi syarikat lain yang mempunyai kepakaran serta rekod baik dalam bidang ini ditolak. Apakah jaminan pengambilalihan kontrak ini oleh TNB bakal memberi keuntungan serta pulangan yang baik?
"Pengambilalihan kontrak ini berdasarkan kepada terma-terma 1MDB. Semua perkiraan kewangan untuk memenangi kontrak ini dikira oleh 1MDB berdasarkan kepada ramalan aliran tunai mereka," katanya.
Jelas Khairuddin lagi, TNB mesti bersikap telus dan memberi penerangan secara komprehensif terhadap prospek dalam mengambil-alih projek janakuasa 3B ini.
"TNB harus menjamin ianya tidak akan membebankan kedudukan kewangan masa depan mereka.
"Jangan sampai pisang berbuah dua kali sekiranya laporan ini ada asas kebenarannya," ujarnya.
Mengikut kontrak, 1MDB-Mitsui bertanggungjawab untuk membina, memiliki dan mengendalikan loji janakuasa arang baru 2 x 1000 MW di Loji Janakuasa Bebas Jimah pada tarif pelarasan 25.33 sen/kWh.
Loji janakuasa itu akan beroperasi secara berperingkat bermula 1 Oktober 2018 (Unit 1) dan 1 April 2019 (Unit 2) dengan tempoh konsesi selama 25 tahun.
Bagaimanapun, 1MDB dilaporkan telah memohon kepada Suruhanjaya Tenaga supaya tarikh yang sepatutnya beroperasi pada 15 November 2018, dianjak enam bulan kepada 15 Mei 2019 bagi Unit 1 dan 15 November bagi Unit 2.
Pembangunan Projek 3B itu adalah bagi memenuhi keperluan kapasiti janakuasa di Semenanjung bermula 2018.
BACA: Kenapa Tabung Haji beli tanah senyap-senyap? - Khairuddin
BACA: Tabung Haji: Mufti Perlis desak mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah
BACA: TH putuskan jual tanah TRX - Pengerusi TH
RANGKUMAN KENYATAAN: Isu transaksi Tabung Haji, 1MDB
Sebelum ini 1MDB mengesahkan pembelian Tabung Haji bagi pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).
Bagaimanapun, pada Sabtu Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu mereka memutuskan untuk menjual semula tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) itu sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit.
Wan Syamsul Amly
Sun May 10 2015

KHAIRUDDIN: 1MDB bermasalah bila 'let go' Projek 3B kepada TNB - Gambar fail
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.