Lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disaran melantik satu lagi firma audit antarabangsa bebas bagi memeriksa, memberi verifikasi dan mendedahkan kepada umum nilai semua aset, liabiliti serta status portfolio pelaburan dan kedudukan aliran tunainya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata firma audit itu juga perlu melaksanakan audit forensik atas semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya bagi membantu syarikat itu menjawab segala isu berbangkit.
"Saya yakin hasil audit bebas ini berserta siasatan Ketua Audit Negara akan dapat membantu 1MDB meyakinkan rakyat tentang status kewangan syarikat pelaburan itu," katanya semalam.
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, menegaskan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB harus dipercepatkan dan tidak harus menunggu sahaja hasil siasatan Ketua Audit Negara.
"Dalam konteks ini, saya menggesa Ketua Audit Negara segera mengemukakan laporannya dan memanjangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)," katanya.
Isu 1MDB terus menjadi tumpuan susulan laporan terbaharu berhubung pembelian tanah berharga RM188.5 juta milik 1MDB di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) oleh Lembaga Tabung Haji.
Tabung Haji semalam tampil menyatakan bahawa ia bercadang menjual tanahnya di TRX dan setakat ini telah menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu sidang media di sini bahawa tanah berkeluasan 0.66 hektar itu dibeli atas keputusan komersial dan bukan untuk tujuan 'bailout' atau menyelamatkan 1MDB.
VIDEO: Sidang media oleh Pengerusi Tabung Haji tentang pembelian tanah 1MDB
Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan kerajaan sememangnya harus menjawab persoalan yang dibangkitkan bagi menangkis persepsi negatif terhadap syarikat pelaburan itu.
"Jika ada sebarang salah laku dalam isu 1MDB, tindakan undang-undang harus segera diambil," katanya.
Di Alor Setar, Pemuda UMNO Kedah meminta satu audit pengurusan dilaksanakan terhadap pembelian tanah di TRX milik 1MDB oleh Tabung Haji bagi memastikan tiada isu berbangkit selepas ini.
Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beberapa pilihan raya kecil lalu memberi mesej jelas bahawa isu ketelusan, tata kelola yang baik dan pengurusan sumber kewangan mendapat tumpuan orang muda.
"Apakah wajar Pemuda UMNO dipersalah apabila sokongan dan undi golongan muda semakin merosot sedangkan banyak isu di luar pengetahuan dan kemampuan kami untuk menjawabnya," katanya pada Sabtu.
Di Melaka, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Tabung Haji seharusnya lebih bersikap sensitif dari awal mengenai transaksi pembelian tanah itu walaupun dilaporkan telah menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membeli tanah tersebut.
Beliau berkata Tabung Haji perlu memberi sedikit masa dan menunggu siasatan PAC terhadap 1MDB selesai.
"Pembabitan 1MBD dalam transaksi ini sebenarnya masih menimbulkan tanda tanya pada saat syarikat itu sendiri masih dibelenggu kemelut dan dalam siasatan PAC," katanya.
Bernama
Sun May 10 2015

HISHAMMUDDIN: Firma audit itu juga perlu melaksanakan audit forensik atas semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya bagi membantu syarikat itu menjawab segala isu berbangkit.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.