1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu semasa dan melaksanakan kajian strategik seperti yang digariskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan supaya audit dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara dan laporan itu dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
"Kita akan melakukan audit bagi transaksi yang lepas. Namun, apa yang penting ialah keperluan untuk menjadi konstruktif, dan menumpukan usaha dalam menyelesaikan isu-isu semasa, di samping melihat untuk melaksanakan kajian strategik," katanya kepada peserta pada sesi soal jawab di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, pada hari Khamis di Kelana Jaya, Selangor.
Mengenai penubuhan 1MDB, Wahid berkata syarikat pembangunan strategik itu, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta.
Modal permulaan adalah untuk menerbitkan bon jangka panjang dan disokong oleh jaminan kerajaan yang boleh membantu mengurangkan kos dana.
"Diharapkan wang itu boleh dilaburkan ke dalam projek-projek yang menjana pulangan yang tinggi. Jadi, terdapat struktur modal 1MDB," katanya.
Beliau berkata selama ini, 1MDB telah berkembang dengan cara pinjaman daripada bank-bank atau pasaran modal, dan telah membeli banyak aset, termasuk beberapa Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), dengan itu, menolak paras hutang kepada RM42 bilion sehingga pada 31 Mac 2014.
"Beban membayar balik hutang yang tinggi adalah sangat (berat) dan sukar. Jadi, sehingga dan melainkan jika asetnya dapat menjana aliran tunai (mencukupi), ia tidak akan berterusan.
"Perkara ini disedari pengurusan dan Lembaga 1MDB. Oleh itu, mereka telah menjalankan kajian semula strategik model perniagaan syarikat dan struktur modal dan memutuskan kepada tiga perkara.
"Ia termasuk, keputusan untuk tidak menanggung apa-apa hutang atau pinjaman baru, melainkan jika ia untuk memenuhi obligasi hutang semasa atau untuk pembiayaan semula.
"Mereka juga telah bersetuju untuk tidak melaksanakan apa-apa projek baru dan menumpukan usaha dalam melaksanakan pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia. Ini adalah projek-projek bernilai tinggi," katanya.
Beliau berpendapat bahawa langkah segera 1MDB adalah untuk memastikan Tawaran Awam Permulaan (IPO) Edra Energy dilaksanakan.
"IPO Edra ini akan memberi manfaat kepada 1MDB dengan dua cara, di mana, hasil boleh digunakan untuk mengurangkan hutang dan jika pegangan saham boleh dikurangkan kepada di bawah 50 peratus, semua hutang di peringkat subsidiari boleh diasingkan," kata Wahid.
Ini, katanya, akan membantu mengurangkan nisbah hutang keseluruhan syarikat.
Bernama
Sun Apr 19 2015

WAHID: 1MDB kini memberi tumpuan kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu semasa dan melaksanakan kajian strategik seperti yang digariskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah. -Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.