Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang melaporkan RM42 bilion tidak hilang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menunjukkan bahawa dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama ini tidak benar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyatakan demikian dalam sebuah kenyataan selepas pihak PAC mendedahkan hasil siasatan mengenai syarikat pelaburan negara itu di Dewan Rakyat hari ini.
“Sekarang ini jelas bahawa dakwaan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah tidak benar. Beliau didorong kepentingan peribadi, bukan kepentingan nasional, dan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan,” ujarnya.
Bagaimanapun, Najib mengakui mengenai hasil siasatan PAC yang juga menemui kelemahan dalam struktur kewangan dan pengurusan 1MDB.
“Kami akan mengkaji dan bertindak berdasarkan cadangan laporan tersebut. Kami harus memastikan kita belajar daripada perkara ini, dan tindakan akan dibuat jika sebarang salah laku dikenal pasti,” katanya.
Tambah Najib, tumpuan seterusnya perlu diberikan kepada perancangan dan pengukuhan ekonomi, dalam menghadapi cabaran global.
Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan PAC ke atas 1MDB hari ini:
Mengikuti beberapa tuduhan berat yang dibuat ke atas 1MDB, seperti dakwaan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa rm42 billion telah hilang, Kabinet dibawah pengarahan saya telah meminta Ketua Audit Negara pada Mac 2015 untuk melakukan penyiasatan secara bebas ke atas akaun kewangan 1MDB.
Untuk memastikan bahawa penyiasatan ini adalah satu proses yang telus, kami juga mengarahkan supaya hasil penyiasatan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) - sebuah badan dwi-partisan yang melibatkan Ahli Parlimen pembangkang.
Setelah proses yang menyeluruh, PAC telah membentangkan laporannya berserta hasil siasatan kepada Parlimen. Laporan ini mewakili persetujuan antara semua ahli PAC dan hasil siasatannya adalah berdasarkan fakta dan ratusan jam penilaian dan siasatan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Audit Negara dan PAC yang telah menghasilkan laporan yang komprehensif, konklusif dan bertepatan.
Setelah menilai, saya juga mendapati rm42 billion tidak hilang dari 1MDB, bertentangan dengan apa yang telah dituduh oleh Tun Mahathir.
Walau bagaimanapun, laporan ini telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur kapital dan pengurusan 1MDB. Kami akan mengkaji dan bertindak selari dengan apa yang telah dianjurkan oleh laporan tersebut.
Kita mesti pastikan bahawa pengajaran telah diambil dan tindakan segera akan dibuat sekiranya terdapat sebarang bukti penyelewengan.
Kini jelas bahawa tuduhan Tun Mahathir terhadap 1MDB adalah palsu. Beliau telah dipandu oleh matlamat peribadinya sendiri, bukannya demi kepentingan negara dan tentunya untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada.
Kami akan terus fokus kepada rancangan ekonomi dan memperkasakan ekonomi - yang mana telah berterusan menunjukkan keutuhan dalam menghadapi cabaran global.
Astro Awani
Thu Apr 07 2016
NAJIB: Kami akan mengkaji dan bertindak berdasarkan cadangan laporan tersebut.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.