1Malaysia Development Berhad (1MDB) memfailkan perintah mahkamah bagi mendapatkan perintah mempercepatkan penjualan kapal persiaran mewah 'Equanimity'.
Dalam notis permohonan itu, keempat-empat plaintif meminta penjualan kapal, bunker, bahan bakar, pelincir dan bahan lain di atas kapal itu dijalankan melalui tender awam atau swasta oleh sherif atau pendaftar Mahkamah Admiralty.
Firma itu mahu pihak sherif menerima tawaran untuk kapal itu dan harga pembelian hendaklah dibayar kepada sheriff dalam Dolar Amerika Syarikat, Euro atau Ringgit Malaysia.
Firma itu berkata, hasil jualan kapal itu akan dibayar ke mahkamah dan diletakkan di dalam akaun bank di Malaysia seperti yang diluluskan oleh akauntan negara.
Para sherif atau plaintif diberi kuasa untuk mengatur dan membayar bagi penghantaran pulang ketua, pegawai dan kru kapal itu.
Menurut firma itu lagi kapal itu mengalami kemerosotan fizikal disebabkan pendedahan kepada laut dan cuaca, dan adalah untuk kepentingan semua pihak agar maka penjualan dapat dilakukan segera untuk mengelakkan penyusutan nilai kapal itu.
"Penyusutan ini akan menyebabkan kesulitan kepada plaintif kerana nilai kapal itu telah disusut nilai dan kos berterusan untuk mengekalkan keadaannya hanya akan mengurangkan jumlah yang akan diperolehi," katanya.
Pada 6 Ogos, writ saman dikeluarkan kepada "pemilik kapal", serta Wilson Yacht Management Ltd, syarikat yang mengendalikan Equanimity.
Pendengaran permohonan itu telah ditetapkan esok dan diikuti dengan sidang akhbar.
Kapal mewah itu tiba di Malaysia pada 7 Ogos setelah diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Equanimity telah dirampas di pantai Bali oleh pihak berkuasa Indonesia pada bulan Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada penyelidikan multi-bilion dolar yang dilancarkan oleh DoJ terhadap 1MDB.
Bagaimanapun, mahkamah Indonesia memutuskan pada April bahawa penyitaan itu menyalahi undang-undang dan kapal layar itu hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya.
Tetapi pihak berkuasa Indonesia merampas kembali kapal itu pada bulan Julai dan berikutan permintaan rasmi dari AS. Indonesia kemudian bersetuju menyerahkan kapal layar itu kepada Malaysia.
--BERNAMA
Bernama
Thu Aug 23 2018

1MDB memfailkan perintah mahkamah bagi mendapatkan perintah mempercepatkan penjualan kapal persiaran mewah 'Equanimity'. -Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat

Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.