1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan pelbagai dakwaan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dalam blognya yang bertajuk 'The 1MDB Story' dan 'More Investments By 1MDB.'
Antara lain, isu membabitkan wang Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pembelian tanah serta usaha sama dengan PetroSaudi selain RM2 bilion yang dikatakan dipinjam daripada jutawan Ananda Krishnan.
"Tidak berlaku cubaan untuk 'merampas' wang TIA," kata 1MDB dalam satu kenyataan Selasa.
Pada 2009, pelbagai perbincangan berlangsung antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu mengenai sumbangan setiap pihak sebagai pembiayaan untuk TIA, dengan pelbagai pilihan dibincangkan, katanya.
Akhirnya, sumbangan Kerajaan Persekutuan membabitkan jaminan terbitan Sukuk RM5 bilion Sukuk oleh TIA, yang dilaksanakan pada 29 Mei, 2009, sebelum TIA dijadikan badan milik Kerajaan Persekutuan.
"Susulan itu, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk menarik diri daripada TIA, yang menjurus kepada entiti itu menjadi milik Kerajaan Persekutuan pada Julai 2009."
Bertentangan dakwaan bahawa tiada kertas kabinet dibentangkan mengenai terbitan Sukuk terbabit, 1MDB berkata kertas Kabinet mengenai perkara itu disediakan dan diluluskan oleh Kabinet, selari dengan amalan standard, sama seperti semua jaminan lain kerajaan.
"Tambahan pula, jaminan kerajaan bukannya 'off-budget' seperti didakwa. Ia merupakan liabiliti yang jelas dan diperakui Kerajaan Persekutuan, yang memegang 100 peratus kepentingan 1MDB," katanya.
Mengenai dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa semua orang mengetahui Ananda Krishnan perlu menyediakan RM2 bilion untuk membayar faedah, syarikat pembangunan strategik itu berkata, 1MDB memang meminjam wang RM2 bilion yang diurus oleh anak syarikat Tanjong PLC, yang digunakan untuk membayar pinjaman RM2 bilion yang disediakan oleh sebuah sindiket peminjam dalam negara.
1MDB berkata ia membayar RM230 juta, bukan RM320 juta untuk membeli tanah berkenaan.
Ia menegaskan bahawa 1MDB merupakan syarikat 100 peratus milik kerajaan dan oleh itu, sebarang pemindahan tanah kepada 1MDB dan seterusnya akan memberikan manfaat dari segi peningkatan nilai tanah 100 peratus untuk kerajaan.
"Kos infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada 1MDB untuk menyiapkan
Tun Razak Exchange sekurang-kurangnya RM1,500 sekaki persegi. Ini memberi faedah langsung kepada pembeli dan merupakan sebahagian daripada harga pembayaran."
Mengenai dakwaan bahawa 'PetroSaudi tidak membayar 'satu sen pun' dalam usaha sama dengan 1MDB, ia berkata PetroSaudi, menerusi anak syarikatnya, memiliki aset membabitkan hak ke atas medan minyak di Turkmenistan dan Argentina, bernilai kira-kira US$2.7 bilion.
Aset-aset ini dijual oleh PetroSaudi kepada anak syarikat yang lain 'Joint Venture Company,' yang pada masa aset dijual, merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh/dan pada asalnya 100 peratus milik PetroSaudi bagi memenuhi tujuan melaksanakan cadangan usaha sama dengan 1MDB.
Sebagai pulangan kepada pemindahan aset bernilai US$2.7 bilion, Joint Venture Company perlu membayar sejumlah US$700 juta kepada PetroSaudi. Hutang ini wujud daripada pemindahan aset. Dan tidak ada pinjaman dibuat atau "perlu dilangsaikan'.
Pada 29 Sept, 2009, 1MDB melaksanakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi.
Selepas penilaian bebas diselesaikan, 1MDB menyumbang US$1 bilion dalam bentuk tunai, sebagai pulangan ke atas 40 peratus pemilikannya dalam Joint Venture Company, dan PetroSaudi menguasai baki 60 peratus kepentingan dalam Joint Venture Company.
Sumbangan 1MDB adalah dalam bentuk tunai, dengan sumbangan aset PetroSaudi yang dinilai secara bebas berjumlah US$2.7 bilion, kata 1MDB.
Menurut 1MDB, ia merupakan sebahagian daripada perjanjian usaha sama, dengan US$1 bilion daripada 1MDB, US$700 juta akan digunakan untuk membayar PetroSaudi atas pemindahan aset awal kepada Joint Venture Company dengan US$300 juta lagi kekal dalam Joint Venture Company.
Setelah berpuas hati terhadap penilaian bebas itu, mengikut perjanjian usaha sama berkenaan, 1MDB membuat bayaran US$700 juta kepada anak syarikat PetroSaudi, dan memperoleh hak sah ke atas 40 peratus saham Joint Venture Company, sebuah syarikat bebas dengan aset bernilai US$2.7 bilion pada masa itu.
Menurutnya, PetroSaudi mempunyai hak penuh ke atas US$700 juta yang dibayar oleh 1MDB dan dana ini adalah untuk kegunaan PetroSaudi, mengikut budi bicaranya.
Bernama
Tue Jun 16 2015

1MDB hari ini menafikan pelbagai dakwaan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dalam blognya yang bertajuk 'The 1MDB Story' dan 'More Investments By 1MDB.'

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.