Kira-kira 2,000 umat Islam menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2016/1438 Hijrah di Masjid Negara di sini, Sabtu malam.
Majlis itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dari surah Al-Anbiya' oleh johan qari Tilawah al-Quran Antarabangsa 2012 Muhammad Anuar Ghazali.
Ia disusuli dengan bacaan doa akhir tahun 1437 Hijrah dan doa awal tahun 1438 Hijrah yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Syaikh Ismail kemudiannya mengimamkan solat Maghrib yang disusuli bacaan yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjemaah.
Terdahulu, para hadirin mengikuti ceramah khas Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah dan Perubahan' yang disampaikan dua penceramah bebas iaitu Maulana Wan Helmi dan Azmil Mustafa.
Sambutan Maal Hijrah 1438 bertema 'Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah' peringkat kebangsaan akan berlangsung di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Ahad.
Sebanyak 105 kontinjen akan menyertai perarakan sejauh 1.7 kilometer melibatkan 10,000 peserta daripda agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.
Bernama
Sat Oct 01 2016
Kira-kira 2,000 umat Islam menyertai majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2016/1438 Hijrah di Masjid Negara di sini, Sabtu malam. -Gambar fail
Tiada harapan gencatan senjata di Gaza
Tiada harapan jelas untuk perjanjian damai segera di Gaza walaupun selepas gencatan senjata di Lubnan.
Perjanjian itu, yang menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah, telah mengalihkan perhatian kepada Gaza, namun keadaan di wilayah tersebut masih tegang.
Perjanjian itu, yang menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah, telah mengalihkan perhatian kepada Gaza, namun keadaan di wilayah tersebut masih tegang.
Sabah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya
Sabah menerima saingan sengit yang menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Protes Pakistan: 1,000 penyokong Imran Khan ditahan
Pihak berkuasa Pakistan menahan hampir 1,000 penyokong bekas Perdana Menteri yang dipenjara Imran Khan susulan protes dilakukan di ibu negara Islamabad minggu ini yang menuntut pembebasannya, pada Rabu.
PILKADA 2024: Keputusan awal gegar pilihan raya wilayah Indonesia
Keputusan awal pilihan raya wilayah Indonesia (Pilkada), yang melibatkan 103 pasangan calon gabenor dan naib gabenor di 37 wilayah, menunjukkan pendahuluan ketara bagi pesaing utama di Sumatera Utara, Jakarta dan Jawa Tengah.
Enam penggiat seni terpilih terima dana Krishen Jit Astro
Untuk tahun ke 19, Krishen Jit Astro Fund bersama Five Arts Centre meneruskan usaha pemberian danaa tahunan bagi membantu penggiat seni yang layak menghasilkan karya terbaik.
Sidang parlimen: Risiko sekatan perdagangan pertahan hak Palestin tumpuan hari ini
Risiko sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat susulan kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattuh sebagai pengganti
Abbas, 89, masih memerintah walaupun tempohnya sebagai ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah berakhir pada 2009.
Guru lelaki dicekup disyaki edar ganja
Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya.
[TERKINI] Strok haba punca kematian pelatih Palapes UiTM - Polis
Kematian pelajar pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 13 Nov lepas dikenal pasti kerana kegagalan organ akibat strok haba.
Penduduk bimbang hakisan pantai di Terengganu semakin buruk
Deruan ombak Laut China Selatan setiap kali menjelang musim tengkujuh sentiasa menjadi igauan buat penduduk yang tinggal di pesisir pantai. Tahun demi tahun ada sahaja kawasan pantai sepanjang 244 kilometer di negeri Terengganu itu terhakis sedikit demi sedikit.
2,000 umat Islam sertai majlis doa akhir, awal tahun Hijrah di Masjid Negara
Majlis itu dimulakan dengan bacaan al-Quran dari surah Al-Anbiya' oleh johan qari Tilawah al-Quran Antarabangsa 2012 Muhammad Anuar Ghazali.