Sebanyak 23 kampung di seluruh negara meliputi kategori kampung Melayu tradisional, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang akan berentap merebut Anugerah Desa Perdana peringkat kebangsaan bulan depan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pertandingan itu menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 dan hadiah berbentuk projek yang menyumbang kepada kemajuan kampung bernilai RM600,000 kepada juara.
Tahun ini, sebanyak 582 kampung yang menyertainya di peringkat daerah dan 159 kampung di peringkat negeri.
“Penghakiman dan pemarkahan pertandingan dibahagikan kepada beberapa aspek seperti patriotisme dan kemasyarakatan, kepimpinan dan pentadbiran, pendidikan dan latihan, ekonomi dan keusahawanan, pemerkasaan peranan belia, teknologi maklumat dan komunikasi, kebersihan, kesihatan dan keceriaan kampung serta pengawasan kemudahan asas kampung.
“Semua kampung di negara ini secara dasarnya layak menyertai anugerah ini, namun perlu melalui saringan di peringkat daerah oleh panel penilaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Desa Perdana peringkat negeri-negeri Zon Tengah dan Selatan di sini, hari ini.
Anugerah Desa Perdana merupakan program bagi menyemarakkan pemerkasaan masyarakat adalam kalangan penduduk kampung dan bertujuan melahirkan masyarakat desa berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan mempunyai disiplin kerja tinggi.
Ia juga bertujuan untuk menyuburkan lagi semangat patriotisme dan nilai-nilai murni serta memastikan kelestarian dalam aspek sosial dan ekonomi kampung.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan hadiah anugerah itu di Kuala Lumpur pada 22 Ogos ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata faktor penentu kejayaan sesebuah kampung, rumah panjang dan institusi masyarakat sangat bergantung kepada kecekapan kepimpinan atau urus tadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
“Kementerian sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan JKKK. Oleh itu, seramai 3,000 JKKK dilibatkan bagi mengikuti kursus Sijil Tadir Urus Desa yang modulnya dilaksanakan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
“Sijil akan disampaikan perdana menteri kepada mereka pada 22 Ogos ini,” katanya.
Pada majlis itu, kategori Kampung Tradisional dimenangi Kampung Endah, Sepang selaku johan di Selangor, Kampung Sungai Buloh, Alor Gajah (Melaka), Kampung Gemencheh Lama, Tampin (Negeri Sembilan) dan Kampung Parit Puteri Menangis, Pontian (Johor) .
Bagi kategori Kampung Orang Asli pula, Kampung Bukit Tadom, Kuala Langat muncul juara di Selangor, Kampung Bukit Kepong, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Kampung Pengkalan Tereh, Kluang (Johor).
Kesemua johan membawa pulang sijil, piala dan wang tunai RM12,000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2017

Ismail Sabri beramah mesra dengan penduduk Kampung Gemencheh Lama yang muncul Johan Peringkat Kampung Tradisional Negeri Sembilan sempena Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri di Dewan Perdana Tampin hari ini. --fotoBERNAMA
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Siklon Garance ragut 3 nyawa
Tiga terkorban, 182,000 penduduk terputus bekalan elektrik, 171,000 tidak mempunyai air bersih dan 134,000 mengalami gangguan internet.
[TERKINI] PMO adakan taklimat dua kali sehari setiap hari
Bernula hari ini, satu taklimat harian yang dikendalikan Pejabat Perdana Menteri akan disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia setiap hari jam 11 pagi dan 5 petang.

Ejen pelancongan parah dilibas sabit gara-gara berebut pelanggan
mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan telinga kiri serta dihantar ke HQE untuk mendapatkan rawatan.

ATM tahan warga asing bersama tiga bungkus air ketum di sempadan Malaysia-Thailand
Suspek yang ditahan tidak membawa pengenalan diri namun mengakui warganegara Malaysia.
PM Anwar perkenal Taklimat Harian PMO untuk salur maklumat tepat kepada rakyat
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju memperkenalkan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.
Tujuan utaman taklimat ini adalah untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat dan sahih secara terus melalui sumber rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.
Melalui taklimat ini PMO akan menjelaskan isu semasa, dasar-dasar penting serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat.

GERAMM, NUJM tuntut layanan adil untuk wartawan ditahan
Ia termasuk akses kepada khidmat guaman, selaras dengan prinsip keadilan dan proses undang-undang yang sewajarnya.
Menteri letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain Anneliese Dodds meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan
Hanya Indonesia berpuasa hari ini
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada Sabtu (1 Mac) manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).

23 kampung berentap bagi Anugerah Desa Perdana kebangsaan
Pertandingan itu menawarkan ganjaran wang tunai RM100,000 dan hadiah berbentuk projek yang menyumbang kepada kemajuan kampung bernilai RM600,000 kepada juara.