Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal menjelaskan 30 buah kilang kimia di Pasir Gudang akan disiasat berhubung pencemaran yang menjejaskan 75 mangsa pada isnin.
Menurutnya, 30 daripada 265 buah kilang itu berada dalam kawasan radius 15 kilometer dari beberapa buah sekolah yang terkesan.
“Ada 30 buah kilang bahan kimia kita fokus untuk disiasat ketika ini. Jika bahan kimia kilang itu dengan hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hampir sama dengan bahan kimia yang menyebabkan mangsa sesak nafas serta muntah-muntah ,maka tindakan penutupan serta merta akan dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Stadium Perbandaran Pasir Gudang pada Isnin.
Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis.
Dr Sahruddin menjelaskan, hasil siasatan berkenaan punca pencemaran udara akan diketahui dalam tempoh 2 hari lagi selepas keputusan dikeluarkan Jabatan Kimia atau Kementerian Tenaga, Sains Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
Mengulas mengenai hasil ujian darah terhadap mangsa, beliau berkata, daripada 15 sampel yang diambil menunjukkan keputusan negatif bahan kimia.
Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar menggunakan topeng muka sepanjang berada di luar rumah.
Jika mengalami simptom seperti muntah-muntah atau sesak nafas, dinasihatkan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
Fareez Azman
Mon Jun 24 2019

Dari kanan, Isnaraissah Munirah, Dr Sahruddin dan Dr Dzulkefly pada sidang media di Stadium Perbandaran Pasir Gudang hari ini. - Foto Kementerian Kesihatan Malaysia

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kilang kimia dikompaun RM10,000 gagal urus sisa buangan
Sampel air buangan daripada proses kilang diambil untuk analisis kimia dan membolehkan tindakan penguatkuasaan lanjut diambil.

21 cedera dalam kilang kimia meletup, terbakar di Bang Phli
Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand pada awal Isnin, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.

Tiada lagi kilang kimia di Pasir Gudang pada masa hadapan
Perancangan itu telah dibincang bersama kerajaan negeri bagi memastikan Pasir Gudang membangun dengan lebih lestari pada masa depan.

30 buah kilang kimia bakal disiasat - MB Johor
Menurutnya, 30 daripada 265 buah kilang itu berada dalam kawasan radius 15 kilometer dari beberapa buah sekolah yang terkesan.

19 maut kilang kimia di China meletup
Seramai 19 orang dilaporkan maut manakala 12 lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kilang kimia di Sichuan, China.

Letupan kilang kimia: Penduduk cemas, empat pekerja cedera
Penduduk berdepan detik mencemaskan apabila sebuah letupan kimia berlaku di berhampiran kawasan perindustrian Bukit Merah pada pagi Sabtu.