Ya, sahih!
Hari ini Facebook mengumumkan pelancaran beta Instant Articles di Asia, dan Astro AWANI turut menjalinkan kerjasama untuk inisiatif baru ini yang bakal mengubah cara pengguna mendapatkan berita.
Ikon “lightning bolt” akan menjadi penanda kepada setiap artikel yang boleh diakses menggunakan fungsi Instant Articles, berbanding artikel-artikel capaian web biasa.
Pengurus Media Sosial Astro AWANI Muzaffar Mustapa berkata, fungsi terbaru ini akan memberikan pengalaman yang lebih hebat kepada 1.9 juta pengikut di laman sosial Facebook Astro AWANI.
Berikut merupakan 4 perkara utama yang perlu anda ketahui mengenai Instant Articles di Facebook:
1. Sebelum adanya Instant Articles, pengguna telefon bimbit akan mengakses berita dari ‘news feed’ dan perlu menunggu artikel itu dimuat turun dalam pelayar web. Selepas Instant Articles, pengguna akan mengakses berita dalam lingkungan Facebook dengan masa capaian yang lebih lancar. Menurut Facebook, masa muat turun dengan Instant Articles adalah sepuluh kali lebih pantas. Ikon “lightning bolt” menunjukkan ia merupakan Instant Articles.
2. Dilancarkan pada Mei 2015, portal berita Buzzfeed, The New York Times, The National Geographic, The Atlantic, NBC News, The Guardian, BBC News dan beberapa lagi merupakan antara penyedia berita pertama yang terlibat dalam projek ini. Facebook turut bekerjasama dengan syarikat penerbitan dan penyiaran di Eropah dan India sebelum ke Asia Tenggara.
3. Ciri antara mukanya yang baru akan memberikan pengalaman akses yang lebih memberangsangkan. Anda boleh menyaksikan foto beresolusi tinggi dan melihat secara terperinci. Anda juga boleh menonton video secara autoplay sewaktu anda menatal artikel tersebut. Peta interaktif turut merupakan salah satu daripada keupayaan Instant Articles.
4. Buat masa ini, Instant Articles boleh dicapai oleh pengguna Facebook versi iOS. Pengujian beta untuk versi Android sedang dilaksanakan dan boleh diperolehi tidak lama lagi.
Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan Instant Articles di Facebook.
Astro Awani
Thu Dec 03 2015
Fungsi Instant Articles akan memberikan pengalaman yang lebih hebat untuk mendapatkan berita kepada 1.9 juta pengikut di laman sosial Facebook Astro AWANI.
Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.
Tiada notis rasmi AS berhubung pengusiran lebih 400 rakyat Malaysia - Wisma Putra
Wisma Putra juga tidak menerima permohonan rasmi bagi bantuan konsular daripada mereka yang terkesan.
Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.
AWANI Ringkas: SPRM teliti dokumen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
Malaysia dijangka pengeksport penting durian segar ke China - BMI
Eksport durian segar Malaysia ke China berjumlah US$4 juta (US$1 = RM4.41) pada Ogos, September dan Oktober 2024.
Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
Seorang warga Indonesia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden helikopter di Jalan Lama KL - Bentong akibat terkena bilah kipas.
Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.
SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.