Seramai 400 orang mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan kenaikan paras air mendadak di sekitar Ipoh sejak petang Khamis.
Pegawai Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kinta, Lt. (PA) Rayner Saimon berkata hujan berterusan sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan paras air terus meningkat khususnya di empat kawasan sekitar Ipoh.
Katanya, antara kawasan terlibat adalah Bercham, Kg Tawas Tambahan Sri Klebang, Kg Sri Kinta dan Taman Desa Tasek Bakti di mana beberapa kediaman terjejas teruk dan merosakkan beberapa perabot serta kenderaan.
“Bagi daerah Kinta, seramai 400 orang yang terdiri daripada 102 keluarga telah ditempatkan di Dewan Temple Huat Tian Keong, Bercham dan pusat itu dibuka sekitar jam 10.15 pagi Jumaat.
“Buat masa ini seramai 27 anggota terdiri daripada pasukan APM, Bomba, PDRM, JKM dan KKM serta melakukan pemantaun dan proses pemindahan mangsa,” katanya.
Rayner berkata antara kawasan kediaman yang terjejas adalah Taman Desa Impian,Taman Kinta Emas di mukim Tanjung Rambutan.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat, Low Guo Nan yang turun padang mendapati antara punca banjir kilat di kawasan tersebut adalah disebabkan oleh masalah saliran longkang skim perumahan yang terdapat di kawasan tersebut.
“Kini, kita ingin menggesa pihak berwajib untuk mempercepatkan Projek Tangani Projek Fasa Kedua iaitu pembinaan longkang saliran dari depan Bougainvillea Club hingga Lebuh Medan Bercham Taman Ipoh.
“Pembinaan longkang sepanjang 450 meter itu perlu dilaksanakan agar 60 peratus air longkang boleh diasingkan ke saliran beralinan seterusnya mengurangkan atau mengelakkan kejadian masalah banjir di Taman Desa Impian,”katanya kepada pemberita.
Nazialita Geynna Maharan
Fri May 12 2017
Anggota bomba dan penyelamat menggunakan aset yang mereka miliki untuk melaksanakan operasi bantuan menyelamat. - JBPM
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun, satu PPS dibuka di Sarawak
Jumlah mangsa banjir di Johor menurun pagi ini berbanding malam tadi manakala sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sarawak, selain situasi di Perak tidak berubah.
Tujuh maut dalam insiden tanah runtuh di Brazil
Keadaan itu sekaligus memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat awam selama 180 hari.