Sebanyak 42 kes baharu keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling telah direkodkan sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata dengan pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 61 dan kekal dua kematian seperti direkodkan.
"Pertambahan itu adalah 14 kes di Kedah, Perak (tujuh) dan Selangor sebanyak 21 kes yang dilaporkan mengalami gejala yang sama. Hasil siasatan mendapati pesakit yang bergejala mempunyai sejarah telah memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang Baling, Kedah iaitu di premis yang sama seperti dilaporkan oleh kes-kes KRM sebelum ini," katanya.
BACA: KKM sahkan dua kematian akibat laksa di Baling
Beliau berkata dengan laporan kes baharu itu membabitkan keseluruhan 24 kes adalah di Kedah iaitu 16 kes dari daerah Baling, lima kes dari daerah Sik dan tiga dari daerah Kulim manakala 21 kes pula di daerah Hulu Langat Selangor dan 16 kes dari Hulu Perak Gerik.
Katanya sebanyak 21 pesakit dirawat sebagai pesakit dalam iaitu masing-masing lima di Hospital Gerik dan Hospital Pantai Sungai Petani, empat di Hospital Baling, masing-masing tiga di Hospital Sik dan di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dan satu di Hospital Columbia Asia manakala selebihnya 38 pesakit dirawat sebagai pesakit luar dan kesemua pesakit dilaporkan dalam keadaan stabil.
Dr Noor Hisham berkata Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah menjalankan pemeriksaan terperinci terhadap premis yang menjual laksa tersebut dan siasatan juga mendapati ramuan laksa yang dijual tidak ada kaitan dengan Iceberg Lettuce yang telah tular di media sosial.
Setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu keputusan daripada sampel makanan yang telah dihantar ke makmal untuk dianalisa.
"Sampel najis daripada dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella spp dan kajian lanjut penemuan ini sedang dijalankan," katanya.
Sehubungan itu kementerian menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala keracunan makanan dengan tatacara keselamatan makanan perlu dititikberatkan oleh semua pengendali makanan dan orang awam.
Katanya makanan mesti dimakan tidak lebih daripada empat jam selepas penyediaannya dan sekiranya ia perlu disimpan, hendaklah di dalam suhu yang sesuai dan dipanaskan dengan suhu yang mencukupi bagi mengelakkan keracunan makanan.
"Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih untuk membeli makanan, serta mengamalkan konsep 'lihat, hidu dan rasa' sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi serta agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 09 2018

Kesemua mangsa mempunyai sejarah telah memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang Baling. - Gambar hiasan

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

1 maut, 9 cedera dalam nahas van kilang di Baling
Pasukan keselamatan mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

Kanak-kanak OKU ditemui lemas, tersangkut pada akar buluh
Mayat mangsa ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan, kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Operasi JBPM.

42 kes baharu keracunan makanan akibat laksa di Baling
Pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 61 dan kekal dua kematian seperti direkodkan.