Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.
Berdasarkan maklumat, 44 yang ditahan itu berasal dari Sarawak dan berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Kesemua mereka berlepas ke Kemboja pada 9 Disember dan ditahan pada 11 Disember di sebuah rumah di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh.
Menurut Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, urusan pengambilan dan penghantaran mangsa diuruskan sebuah agensi yang menjanjikan gaji sehngga AS$1,500 (RM6,115), dan sebagai cagaran mereka perlu membayar AS$200 (RM815).
“Kebanyakan mereka masih muda, dalam lingkunan 18 hingga 20 tahun dan telah dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan oleh sindiket penipuan ini.
“Apabila mereka tiba di Kemboja, mereka ditempatkan di sebuah kediaman persendirian, dan selepas beberapa minggu mereka tidak diberikan pekerjaan dan mereka mula resah.
“Mereka kemudian ditahan polis pula atas kegiatan perjudian dalam talian yang mana mereka nafi terlibat,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu, salah seorang mangsa yang ditahan di Kemboja dikenal pasti sebagai Yusuf Islam, berusia 21 tahun.
Menurut ibunya, Zunita Sedini, 42 tahun, beliau berharap anaknya pulang ke pangkuan keluarga.
“Dia ada hubungi saya, kali terakhir dia kata mummy saya kena tahan dua minggu lepas kena. Itu sahaja.
Dia tak ada bagitahu tolong kami 47 orang yang ditahan . Dia hubungi saya sekitar 7 malam dan kami berbual lima minit sahaja.
Sehubungan itu Zunita memohon campur tangan kerajaan untuk membawa pulang kesemua mangsa penipuan itu.
Rohana Wahed
Thu Feb 07 2019
![47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549554766_kemboja.jpg)
Kebanyakan mereka masih muda, dalam lingkunan 18 hingga 20 tahun dan telah dijanjikan pekerjaan dengan gaji lumayan oleh sindiket penipuan ini. - Sumber foto: media sosial
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
![Larry Sng gesa Bukit Aman banteras kegiatan gengsterisme di Julau Larry Sng gesa Bukit Aman banteras kegiatan gengsterisme di Julau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708011408_DatukLarrySngWei.jpg)
Larry Sng gesa Bukit Aman banteras kegiatan gengsterisme di Julau
Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng menggesa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk bertindak keras terhadap kegiatan gengsterisme berleluasa yang telah menjadikan kawasannya sebagai 'Wild Wild West'.
![Bapa Larry Sng diisytihar muflis Bapa Larry Sng diisytihar muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618620640_SngCheeHua.jpg)
Bapa Larry Sng diisytihar muflis
Sng Chee Hua pernah memegang jawatan sebagai ADUN Pelagus dari tahun 1991 hingga 2001.
![PRS tidak akan ulangi kesilapan lama, terima Larry Sng - Masing PRS tidak akan ulangi kesilapan lama, terima Larry Sng - Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603329395_TanSriDrJamesJem.jpg)
PRS tidak akan ulangi kesilapan lama, terima Larry Sng - Masing
Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak akan bekerjasama dan membuka ruang untuk Ahli Parlimen Julau, Larry Sng untuk menyertai kembali jentera parti itu.
![AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41614688479_SaifunnizamSamKe.jpg)
AMK Sarawak kutuk tindakan Larry Sng tinggalkan PKR
Tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan keluar parti disifatkan sebagai tidak bermaruah.
![Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614507504_LarrySngAnwarIbr.jpg)
Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
Larry yang menyertai Parti Keadilan Ralyat (PKR) pada 2018 merupakan ahli politik yang cukup pengalaman.
![PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51593345328_SaifuddinNasution.jpg)
PKR pecat keahlian Larry Sng, Steven Choong serta-merta, kaji tindakan mahkamah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta-merta.
![PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614494633_meninggalkanparti.jpg)
PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong
Ini masa terbaik dalam memberi sokongan kepada PN selain Larry berharap lebih banyak pemimpin pembangkang lain melakukan perkara sama.
![Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607204377_SKGOLFMAS.jpg)
Tiada niat halang Ahli Parlimen Julau kembali ke Sarawak - James Masing
Ahli Parlimen juga di bawah senarai perkhidmatan penting yang mengecualikan daripada kuarantin dengan syarat.
![Wakil Malaysia berangkat untuk temui 47 yang ditahan di Kemboja Wakil Malaysia berangkat untuk temui 47 yang ditahan di Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550029381_LARRYSNGWEISHIEN.jpg)
Wakil Malaysia berangkat untuk temui 47 yang ditahan di Kemboja
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap pada 8 pagi waktu tempatan nanti, rombongan yang turut disertai seorang pegawai perubatan akan menempuh perjalanan darat selama 2 jam.
![47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja 47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549554766_kemboja.jpg)
47 rakyat Malaysia jadi tahanan di Kemboja
Hasrat 47 warga Malaysia mencari pekerjaan di Kemboja bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ditahan pihak berkuasa negara itu kerana disyaki terlibat sindiket judi dalam talian.