Ini lima perkara penting yang disentuh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu, 17 Jun 2020.

INI APA YANG ANDA PERLU TAHU HARI INI:


1. Task Force Operasi Pematuhan membuat 69,370 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP dengan 61 individu ditahan.

2. Dari 1 Mei sehingga 16 Jun 2020, seramai 850 PATI dan 153 tekong ditahan.

3. 5,316 individu di seluruh pintu masuk negara disaring dengan 18 daripada mereka disahkan positif dari 10 sehingga 15 Jun 2020.

4. Semua kementerian dan agensi dibenarkan untuk melaksanakan temuduga secara bersemuka.

5. Penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan dan persidangan oleh pihak kerajaan dan swasta dibenarkan.