BIARPUN dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan serta ‘lockdown’, skandal rasuah masih berleluasa di seantero dunia.
Berikut senarai lima skandal rasuah terbesar di dunia pada tahun 2020:
1. Anak-anak bekas Presiden Panama didakwa memberi rasuah kepada pegawai kerajaan
Pada 6 Julai 2020, Jabatan Kehakiman (DoJ) telah membuka aduan jenayah dan mendakwa Luis dan Ricardo Martinelli Linares yang bersekongkol untuk mengubah wang haram berjumlah sekitar AS$28 juta daripada sebuah syarikat pembinaan Brazil kepada saudara mereka, seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi di Panama antara 2009 dan 2014.
Menurut aduan tersebut, dua beradik itu menguruskan akaun bank rahsia di bawah nama syarikat tidak aktif di beberapa negara dan menyembunyikan wang di akaun-akaun berkenaan serta membelanjakan wang rasuah berkenaan.
Sekitar AS$19 juta wang suapan didakwa dipindahkan menerusi akaun bank koresponden Amerika Syarikat (AS) di dua bank berlainan di AS.
Menurut DoJ, kedua-dua beradik itu ditangkap di Guatemala pada 6 Julai 2020, berdasarkan permintaan penangkapan sementara dari AS.
Ayah mereka, Ricardo Martinelli, memegang jawatan sebagai Presiden Panama dari 2009 hingga 2014 dan dilarang meninggalkan Panama pada Julai lalu ketika disiasat di bawah siasatan pengubahan wang haram.
2. Bekas eksekutif minyak dijatuhi hukuman kerana terlibat dalam skim rasuah di Iraq
Pada 13 Julai 2020, Pejabat Penipuan Berat (SFO) United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa juri di Crown Court Southwark mendapati dua bekas eksekutif Unaoil, Ziad Akle dan Stephen Whiteley, bersalah kerana bersekongkol untuk membuat pembayaran rasuah.
Menurut SFO, kedua-dua defendan, bersama Basil Al Jarah yang mengaku bersalah pada Julai 2019, bersubahat dengan yang lain untuk memberi wang suapan kepada pegawai awam di Iraqi South Oil Company (dan dalam kes Al Jarha, Iraqi Ministry of Oil) demi mendapatkan kontrak minyak untuk Unaoil dan pelanggannya.
Pada 23 Julai, Akle dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan pada 30 Julai pula, Whiteley dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.
3. Anak syarikat pengeluar pesawat UK dan eksekutifnya didakwa kerana terbabit rasuah melibatkan Arab Saudi
Pada 30 Julai 2020, SFO UK mengumumkan tuduhan terhadap Airbus GPT Special Project Management Ltd. Dan tiga individu dalam satu siasatan melibatkan dakwaan pembayaran haram yang dibuat antara tahun 2007 hingga 2012.
Ia dikatakan berkaitan dengan kontrak Kementerian Pertahanan UK untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada Pegawal Nasional Arab Saudi.
Bekas Pengarah Urusan GPT, Jeffrey Cook, dan John Mason, iaitu pegawai kewangan dan pemilik separa kepada dua subkontraktor asing kepada GPT, didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah.
Cook yang juga bekas pegawai Kementerian Pertahanan UK juga didakwa melakukan kesalahan di pejabat awam berhubung komisen yang dibayar oleh firma perunding kepadanya, berdasarkan kontrak yang diberi ketika memegang jawatan berkenaan.
Memetik laporan khas oleh sebuah majalah Britain, Cook merupakan antara pegawai kanan yang memberi rasuah sekitar 14 juta Pound kepada pegawai kanan Arab Saudi antara 2007 dan 201.
Menurut SFO UK, seorang lagi individu, Terence Dorothy didakwa kerana membantu dan bersubahat melakukan kesalahan berkenaan.
4. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhi hukuman atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International
Pada 28 Julai lalu, bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Najib didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mendapatkan suapan RM42 juta apabila terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan kerajaan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.
Najib didapati melakukan kesalahan itu antara Disember 2014 dan Mac 2015 di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, ibu negara.
Bagi tuduhan pengubahan wang haram, Najib didapati bersalah menerima RM42 juta hasil aktiviti haram melalui sistem yang dipindahkan mengikut sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (RENTAS) dan didepositkan ke dalam akaun peribadi miliknya di AmIslamic Bank Berhad.
Jika sabit kesalahan, Najib boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
BACA: Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
BACA: Indeks rasuah negara turun: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
5. Anak saudara terpalit skandal rasuah, Setiausaha Agung Pejabat Presiden Taiwan Su Jia-chyuan letak jawatan
Di Taiwan, satu skandal melibatkan beberapa penggubal undang-undang menyebabkan peletakan jawatan Setiausaha Agung Pejabat Presiden Taiwan Su Jia-chyuan pada 3 Ogos lalu.
Anak saudara Jia-chyuan, Su Chen-ching, dilaporkan disiasat di bawah kes rasuah berkaitan pemilikan sebuah gedung beli-belah.
Jia-chyuan menegaskan beliau tidak terlibat namun telah meletakkan jawatan bagi mengelakkan sebarang kontroversi daripada terus berlaku yang boleh mempengaruhi presidennya.
Berdasarkan Taipei Times, pendakwa raya mengemukakan usul untuk menahan Chen-ching bersama empat bekas Ahli Parlimen dan bekas penggubal undang-undang lain bagi membantu siasatan melibatkan dakwaan rasuah.
Astro Awani
Thu Jan 28 2021
Berikut senarai lima skandal rasuah terbesar di dunia pada tahun 2020.
[TERKINI] CEO GISB, isteri antara 19 individu ditahan
Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya adalah antara 19 individu yang ditahan dalam serbuan serentak di empat kediaman di Jalan Imbi, Bukit Bintang pagi Khamis.
'Bincanglah untuk selesaikan isu Duta Enclave' - Hakim
Mahkamah Rayuan berharap, kerajaan dan Semantan Estate berbincang dalam isu pertikaian pemindahan tanah di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dengan segera.
Kerajaan akan lihat usaha jangka panjang kaedah penjagaan pokok tua
Kerajaan akan melihat usaha jangka panjang bagi penjagaan pokok khususnya yang telah tua tanpa menggunakan kaedah tebang semata-mata,
Fahmi ucap takziah kepada keluarga mendiang Ooi Eow Jin
Menerusi hantaran di platform X, Fahmi berkata industri muzik tanah air kehilangan sebutir permata yang amat berharga.
Op Global: CEO GISB, isteri antara 19 individu ditahan - KPN
Pengarah Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) antara 19 individu ditahan dalam Op Global di Ibu kota, pada Khamis.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Banjir: Padi hampir dituai tenggelam, petani di Lubuk Batu rayu bantuan
Petani di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu dekat sini terpaksa menanggung kerugian lebih RM2 juta apabila hampir keseluruhan kawasan sawah seluas 232 hektar tenggelam akibat banjir
ACLE: Beraksi di sini adalah impian saya - Arif Aiman
Penyerang JDT, Arif Aiman meluahkan bahawa beraksi di pentas besar seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) merupakan impian buat dirinya.
AWANI Ringkas: Saifuddin bidas tindakan PN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MPI umum Ainol Amriz sebagai CEO baharu
Institut Akhbar Malaysia (MPI) mengumumkan pelantikan Ainol Amriz Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.
Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.
Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.
Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.
Kes Jana Wibawa: SPRM sedang kesan 'Datuk Roy'
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Seorang penguat kuasa ditahan SPRM terima suapan RM1,800
Pegawai penguat kuasa ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1,800.
Rasuah: Langkah gergasi untuk sebuah transformasi
Keputusan skor Malaysia yang jatuh 1 mata daripada tahun 2021 menunjukkan skor persepsi rasuah amat dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Penjawat awam berdepan 16 pertuduhan terima rasuah RM45,000
Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu di sini hari ini atas 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tujuh dan enam tahun lalu.
SPRM tahan lelaki terlibat kes penipuan bernilai RM730,000
Seorang lelaki ditahan SPRM Sabah dipercayai terlibat dengan satu penipuan bernilai RM730,000.