Sejumlah 50 daripada sekolah daif di negeri Sarawak yang diurus Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mana 21 sekolah dalam proses pembinaan mendahului jadual sementara 29 berdepan masalah.
Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf menjelaskan antara sekolah terlibat termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Rentap di Sarikei dalam progres mencapai 77.87 peratus, berbanding 50.08 peratus berdasarkan jadual asal, SK Pujut Corner di Miri (19.45 peratus mendahului jadual) ; SK Sungai Petai, Sarikei (16.98 peratus mendahului jadual) , K Kpg Pangtray di Daro (15 peratus mendahului jadual) ; SK Sungai Sugai di Julau (13 peratus mendahului jadual) serta SK Ulu Sungai Salim di Sibu (13 peratus mendahului jadual).
Tersenarai juga.mendahului jadual SK Limpaki di Limbang (12.51 peratus mendahului jadual), SK Sebangki di Lubok Antu (10.47 peratus mendahului jadual), SK Sungai Pinang di Puncak Borneo (10 peratus mendahului jadual) ; SJK Hua Kwong di Miri (9.29 peratus mendahului jadual), masing-masing sembilan peratus mendahulu jadual ialah SK Melaban di Lubok Antu dan SK Sekarok di Lubok Antu.
SK Kampung Teh di Mukah (8.95 peratus mendahului jadual) ; SK Sungai Semerah di Puncak Borneo (8 peratus mendahului jadual) ; SK Ridan di Lubok Antu (7.58 peratus mendahului jadual); SK Tengin / Sedarat di Lubok Antu (7.19 peratus mendahului jadual) ; SK Ulu Daro (7 peratus mendahului jadual); SK Nanga Kumpang di Lubok Antu (6.23 peratus mendahului jadual); SK Tanah Putih di Sarikei (4.59 peratus mendahului jadual) ; SK Kuala Mendalam di Limbang (4.76 peratus mendahului jadual) dan SK Ulu Strass di Sarikei (3.01 peratus mendahului jadual).
"SK Ng Lipus di Kanowit pula 1.10 peratus mendahului jadual ; SK Rantau Kemiding di Kanowit (0.80 peratus mendahului jadual). Sebuah lagi sekolah SK Assun di Sarikei berjalan mengikut jadual dengan 72 peratus sudah siap.
"Saya telah dimaklumkan oleh JKR bahawa 29 lagi projek kini mengalami kelewatan antara 0.43 peratus hingga 30.76 peratus," jelasnya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Tambah Fadillah, kelewatan itu bukan disengajakan tetapi berpunca daripada masalah tapak tanah luar jangkaan hingga memberi kesan kepada kerja cerucuk dalam tanah.
"Kerja berkenaan tertunggak sejak 17 Mac 2018 dan hanya dapat diterus semula pada 4 Mei 2018 selepas masalah berkaitan dapat ditangani," jelasnya.
Menurut Fadillah, punca kelewatan lain ialah masalah kontraktor, pembekalan dan masalah cuaca.
"Ketika saya menjadi Menteri Kerja Raya, Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima bagi pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif menggunakan kaedah IBS telah diadakan pada 23 Februari," katanya.
50 buah sekolah dari jumlah 116 sekolah daripadanya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala bakinya adalah di bawah JKR.
JKR Malaysia juga melantik JKR Sarawak sebagai agensi pelaksana menggunakan reka bentuk disediakan JKR Malaysia dan kontraktor dipilih sendiri oleh JKR Sarawak.
"13 kontraktor telah dipilih oleh JKR Sarawak melaksanakannya dalam 13 pakej.
Fadillah turut menegaskan, kaedah pembinaan projek menggunakan teknologi sistem IBS mampu disiapkan dalam tempoh lebih singkat berbanding kaedah konvensional.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan sebelum ini telah memutuskan supaya kaedah IBS digunakan sepenuhnya dalam pembinaan sekolah-sekolah daif ini.
"Kesemua 50 projek di bawah JKR Sarawak dilaksana (di Sarawak) sepatutnya siap 27 Jun 2018," katanya.
Kerja-kerja pembinaan sekolah daif di negeri Sarawak dilaksana secara berperingkat dengan peruntukan sejumlah RM1 billion dibawah Bajet 2018.
Rohana Wahed
Sun Jun 17 2018
![50 sekolah daif di Sarawak, 29 berdepan masalah 50 sekolah daif di Sarawak, 29 berdepan masalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51498126457_FadillahYusof.jpg)
Fadillah turut menegaskan, kaedah pembinaan projek menggunakan teknologi sistem IBS mampu disiapkan dalam tempoh lebih singkat berbanding kaedah konvensional. - Gambar fail
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Fadillah saksi rumah terbakar ketika hadiri majlis Fadillah saksi rumah terbakar ketika hadiri majlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666496408_Fadillahsaksirumah.jpg)
Fadillah saksi rumah terbakar ketika hadiri majlis
Fadillah turut membantu menenangkan situasi hingga pihak bomba tiba tidak lama kemudian.
![50 sekolah daif di Sarawak, 29 berdepan masalah 50 sekolah daif di Sarawak, 29 berdepan masalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/51498126457_FadillahYusof.jpg)
50 sekolah daif di Sarawak, 29 berdepan masalah
Sejumlah 21 daripada sekolah daif di Sarawak yang diurus Jabatan Kerja Raya (JKR) mendahului jadual.
![Fadillah teruja buang undi di SK Rakyat Bolhassan Fadillah teruja buang undi di SK Rakyat Bolhassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525838620_Fadillah.jpg)
Fadillah teruja buang undi di SK Rakyat Bolhassan
Beliau ditemani isteri antara yang terawal membuang undi di pusat pembuangan undi sekitar bandar Kuching.