Sebanyak 51 item dalam sektor perkhidmatan mengalami kenaikan harga manakala 29 item dalam sektor pengeluaran makanan pula mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept lalu.
Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Zubir Hamsa berkata kenaikan harga 51 item itu adalah antara lima dan 10 peratus melibatkan perkhidmatan servis kenderaan dan perhotelan.
"Menariknya 29 item dari sektor pengeluaran iaitu kilang pengeluaran makanan telah mengalami penurunan harga dan harga tersebut adalah lebih rendah berbanding semasa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) iaitu antara empat hingga enam peratus," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan pelaksanaan SST bersama Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua itu dikesan dalam pemeriksaan dan semakan berkaitan maklumat harga dan SST di 12 premis yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran dan lima premis penyedia perkhidmatan di Seremban, Senawang, Nilai dan Port Dickson.
"Berdasarkan pemantauan terhadap 384 barang dan perkhidmatan tersebut sebanyak 304 item lagi tidak berubah harganya," katanya.
Pelaksanaan Operasi Catut 5.0 dan Pemeriksaan SST melibatkan 22 pegawai KPDNHEP negeri dan 15 Pegawai KDRM Negeri Sembilan yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan KDRM negeri Wan Abdul Halim Wan Mohd.
Zubir juga mengingatkan pengguna agar membuat laporan kepada KPDHEP jika terdapat perubahan harga dan aktiviti pencatutan.
"Boleh kemukakan aduan dengan keterangan yang jelas, butiran lengkap berkaitan dengan alamat tempat yang diadu, butiran barangan dan harga serta resit pembelian supaya memudahkan siasatan dan tindakan ke atas peniaga tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
![51 item alami kenaikan harga susulan pelaksanaan SST 51 item alami kenaikan harga susulan pelaksanaan SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51536745866_SST.jpg)
Zubir Hamsa berkata kenaikan harga 51 item itu adalah antara lima dan 10 peratus melibatkan perkhidmatan servis kenderaan dan perhotelan. - Gambar fail
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
![Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705371729_ArmizanMohdAli.jpg)
Tahun Baru Cina: 11 barangan disenarai bawah skim harga maksimum
Pelaksanaan skim selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
![Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648048744_ICQS.jpg)
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
![PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51629320854_kepalaair.jpg)
PKOB urus bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Yan
Bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan, penduduk disaran menghubungi PKOB di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan.
![Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/61483149858_iPhone.jpg)
Lori bawa produk Apple dirompak, kerugian dianggar RM27 juta
Treler terbabit akhirnya ditemui di Lutterworth, Leicestershire, di mana 48 palet produk Apple dipercayai telah dimuat naik ke dalam satu lagi kenderaan lain.
![Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000 Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/81595307785_BPTUNTUTANPALSU.jpg)
Bekas pembantu tadbir didakwa buat tuntutan palsu lebih RM100,000
Tertuduh Meriam Mamat, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus pertuduhan selesai dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
![KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81587197835_KPDNHEP.jpg)
KPDNHEP kawal harga 11 barangan sempena musim perayaan
KPDNHEP dalam kenyataan memaklumkan, 11 barang tersebut termasuk ayam, daging lembu, daging kerbau, telur, daging babi dan kelapa.
![Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585145709_beliPanik.jpg)
Pengguna mungkin tangguh beli barangan bukan keperluan utama - IDEAS
Malaysia mungkin menyaksikan trend normal baharu di mana pengguna menolak atau menangguhkan pembelian barangan mewah atau tidak perlu.
![COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81546689828_AmeerAliMydin.jpg)
COVID-19: 'Jangan panik, barangan mencukupi' - Ameer Ali Mydin
Barangan keperluan harian masih mencukupi dan rakyat tidak perlu panik susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April depan.
![Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573303882_Kempen.jpg)
Harga mahal bukan jaminan kualiti, mutu sesuatu produk - Kaji selidik
Harga yang mahal tidak memberi jaminan bahawa sesebuah produk itu lebih berkualiti serta lebih bermutu.
![Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71573941800_DatukSeriSaifuddin.jpg)
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.