DALAM tempoh lebih 24 jam lalu, isu rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya mencetuskan pelbagai komen, pandangan dan kenyataan daripada pelbagai pihak.
Persoalan yang berlegar dalam pemikiran umum berkisar tentang ketenteraman awam, kestabilan masyarakat dan hubungan antara kaum.
Keadaan adalah terkawal dan pihak berkuasa memberi jaminan ketenteraman awam menjadi keutamaan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.
Berikut 6 berita penting yang perlu anda tahu berkait isu ini sejak enam jam yang lalu:
1. Kira-kira 1,400 anggota FRU dan polis trafik Kuil Sri Maha Mariamman malam ini (Selasa, 27 November 2018)
Polis akan menggunakan pendekatan lebih tegas bagi memastikan insiden rusuhan di tapak kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya tidak berulang termasuk menambah bilangan anggotanya di lapangan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan untuk mengawal situasi di lokasi terbabit.
PDRM akan menempatkan kira-kira 1,400 anggotanya di lokasi panas itu pada Selasa malam.
LIHAT: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman
2. Adakah ini isu perkauman? PM Tun Dr Mahathir bersuara...
“Rusuhan yang berlaku di kuil Sri Maha Mariamman, di USJ25, Subang Jaya Isnin lalu, merupakan satu insiden jenayah dan tiada kaitan dengan unsur-unsur lain."
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia tidak timbul sama sekali isu perkauman mahu pun isu berkaitan agama, walaupun ianya berkaitan perpindahan kuil.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri hari ini, beliau berkata beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis tentang perkembangan terkini siasatan ke atas kejadian tersebut.
Ini ketegasan PM terhadap dalang di sebalik keganasan ini.
3. Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bincang langkah seterusnya
Satu Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor diadakan petang Selasa bagi membincangkan langkah seterusnya berhubung insiden yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, awal pagi semalam.
Menteri Besar, Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, keutamaan beliau kini ialah untuk mengembalikan ketenteraman awam.
BACA: Insiden kuil: Selangor adakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara
Tetapi, pihak media tidak diberitahu mengenai lokasi mesyuarat itu diadakan.
4. Anggota JBPM cedera dalam rusuhan, bukan maut
Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi.
Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi sebaik mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.
Ia sekali gus menamatkan berita palsu yang tular di media sosial mengenai kononnya anggota bomba tersebut maut dalam rusuhan.
5. Dua menteri jumpa PM selepas jumpa pihak kuil
Dua orang menteri, Menteri di JPM P. Waytha Moorthy dan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan isu tersebut.
Pertemuan itu dibuat selepas Moorthy mengadakan perjumpaan bersama beberapa pihak di kuil berkenaan.
Sebelum itu, P Waytha Moorthy mengumumkan Kuil Sri Maha Mariamman tidak akan dirobohkan sehingga mendapat penyelesaian penuh.
Keinginan pihak tidak mahu kuil itu berpindah akan dibawa ke perhatian dan pertimbangan PM dan MB Selangor.
6. Pihak pemaju, kuil perlu cari jalan menang-menang
Kerajaan Selangor diminta mencari jalan penyelesaian ‘menang-menang’ antara pemaju swasta dan pengurusan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini, membabitkan kes pemilikan tanah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata ia juga perlu dirangka secara menyeluruh bagi memastikan insiden rusuhan di sekitar kuil itu tidak berulang.
Astro Awani
Tue Nov 27 2018
Rumusan fokus berita berkaitan keganasan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Oktober 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Oktober 2024.