70 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Kuala Lipis, di sini dikesan menghidap kluster Mumps atau beguk sejak 20 Februari lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sha'ari Ngadiman berkata, bagaimanapun kesemua pesakit adalah stabil dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Beliau berkata, mereka mengalami tanda-tanda mengalami penyakit berkenaan seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan serta bengkak dan sakit di kelenjar air liur.
"Kebiasaannya, mereka yang terkena penyakit ini akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga minggu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Sha'ari berkata, penyakit itu disebabkan jangkitan virus Paramyxovirus yang disebarkan melalui titisan cecair pernafasan, air liur dan sentuhan objek yang tercemar dengan air liur pesakit.
Beliau berkata, jangkitan virus berkenaan adalah biasa dalam kebanyakan kes dan akan sembuh sepenuhnya tanpa pesakit mengalami komplikasi seperti jangkitan testis, telinga, otak dan ovari.
Sementara itu, pihaknya turut menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan berikutan kes penyakit beguk yang direkodkan di sekolah itu.
"Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Lipis juga melakukan pemantauan secara harian kepada warga sekolah berkenaan.
"Orang ramai yang mengalami gejala atau tanda berkaitan dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan awal di premis fasiliti kesihatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
"Mereka juga perlu memastikan kebersihan diri dan persekitaran terjaga bagi mengelakkan dijangkiti penyakit ini selain sentiasa mengamalkan etika batuk yang betul," katanya.
Noraniza Kamsani
Fri Mar 02 2018
![70 pelajar dan 3 guru SMA Kuala Lipis diserang beguk 70 pelajar dan 3 guru SMA Kuala Lipis diserang beguk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41519989477_dijangkitibeguk.jpg)
Mereka mengalami tanda-tanda mengalami penyakit berkenaan seperti demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan serta bengkak dan sakit di kelenjar air liur. - Foto Astro AWANI / Noraniza Kamsani
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540517492_Beguk.jpg)
Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri
Dr Mohd berkata jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.
![Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507393154_Mumps.jpg)
Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes
Peningkatan 68 kes dalam tempoh dua minggu membabitkan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu.
![Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81540517492_Beguk.jpg)
Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan
Penularan penyakit mumps atau beguk di Terengganu semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan ketara berbanding tahun lepas.
![Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552126397_sidangmediaKKM.jpg)
Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Perkara itu juga akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
![Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81517387024_Vaccine.jpg)
Gerakan antivaksin antara faktor penularan semula penyakit berjangkit
Beberapa penyakit seperti difteria, demam campak, beguk atau mums, dan rubela boleh dielakkan melalui pemberian vaksin.
![Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511770217_KPK.jpg)
Tutup sekolah elak wabak beguk berterusan - KKM
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan kawalan dan pencegahan termasuk pengasingan pelajar sejak kejadian kluster beguk itu dilaporkan pada 14 Ogos 2018.
![Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/81540517492_Beguk.jpg)
Apa itu beguk? Kenali punca, simptom dan cara merawat
Pernahkah tiba-tiba pipi anak anda bengkak dan mengadu sakit? Sakitnya sampai susah untuk meneguk air dan makan.
![Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41507393154_Mumps.jpg)
Wabak beguk: Dua sekolah di Selangor ditutup sementara
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak ditutup buat sementara waktu.
![Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520075940_Beguk.jpg)
Tiada penularan wabak beguk di Perak - Lee
Penularan wabak beguk dapat ditangani dan kebiasaanya pesakit beguk akan pulih dalam tempoh kurang dua minggu.
![Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520075940_Beguk.jpg)
Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus beguk
Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk.