Polis menahan lapan warga China yang dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian menerusi satu serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Indah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata suspek berusia 30 hingga 40-an terbabit, merangkumi lima wanita dan tiga lelaki, diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.
"Menerusi operasi pada 7.30 malam itu, polis merampas pelbagai peralatan seperti komputer, komputer riba dan telefon bimbit.
"Polis juga menemui rekod transaksi pemindahan wang pelbagai bank ke negara China namun nilai sebenar transaksi itu masih dalam analisis kerana membabitkan akaun luar negara," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dzulkhairi berkata kesemua suspek kini direman selama 14 hari sehingga 22 Jun untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020

Polis juga menemui rekod transaksi pemindahan wang pelbagai bank ke negara China namun nilai sebenar transaksi itu masih dalam analisis kerana membabitkan akaun luar negara.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

8 warga China ditahan disyaki terbabit sindiket penipuan dalam talian
Menerusi operasi pada 7.30 malam itu, polis merampas pelbagai peralatan seperti komputer, komputer riba dan telefon bimbit.

Dakwaan terhadap Azmin tidak benar - SPRM
SPRM menerima pelbagai pertanyaan daripada media serta orang ramai berhubung laporan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.