Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 82 notis kesalahan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun berjumlah RM18,309 dari 1 hingga 3 Jan.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata notis itu dikeluarkan kepada individu yang menghisap rokok termasuk rokok elektronik dan vape di premis menjual makanan, pemilik premis yang gagal mempamerkan tanda larangan serta menyediakan kemudahan merokok.
"Bagi mereka yang menerima notis kesalahan kerana merokok di tempat makan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
"Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Ultron Malaysia Kota Bharu New Year Nite Run 2020 dan program Walk Kelantan di sini, pada Sabtu.
Katanya bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan manakala kompaun sehingga RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.
Beliau berkata sejak 1 Jan, sebanyak 793 premis di negeri ini diperiksa bagi mengesan perokok dan pemilik premis yang ingkar.
Dr Zaini berkata JKNK akan terus melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasilnya Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 04 2020

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 82 notis kesalahan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun berjumlah RM18,309 dari 1 hingga 3 Jan. -Gambar fail
Jepun adakan lelongan pertama beras simpanan - Laporan
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun telah melelong 150,000 tan beras daripada simpanan negara dalam tender pertama yang bertujuan untuk memerangi kenaikan harga.
Lima cedera pesawat ringan terhempas, terbakar
Lima termasuk juruterbang dilaporkan cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di tempat letak kereta sebuah komuniti persaraan berhampiran lapangan terbang kecil di pinggir Pennsylvania.

Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.

9 orang dimasukkan ke hospital di Singapura akibat penggunaan modafinil, armodafinil
Sembilan individu dimasukkan ke hospital di Singapura dalam tempoh setahun sejak Februari 2024 akibat reaksi kulit serius selepas mengambil modafinil atau armodafinil.
Tumpuan Selasa – 11 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).
AWANI Tonight 10 March 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Overseas-born children of M’sian mothers now eligible for citizenship
2. Retirement: Securing a better future beyond EPF dividends
#AWANIEnglish #AWANINews

Sabah Maju Jaya: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
10 Berita Pilihan - (10 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lapan syarikat akan fail rayuan berhubung penalti RM92.8 juta
Ia berhubung penalti berjumlah RM92.8 juta yang dikenakan terhadap syarikat berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kartel tipuan bida tender terbuka.

Rakyat diminta terus patuh PKP walau tiada kes baharu di Kelantan
Rakyat di negeri Kelantan dinasihatkan agar tidak berasa selesa meskipun mencatatkan sifar kes baharu COVID-19 dalam tempoh enam hari berturut-turut.

82 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Kelantan
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengeluarkan sebanyak 82 notis kesalahan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun berjumlah RM18,309 dari 1 hingga 3 Jan.