Syarikat Al Fajr Travel and Tours Sdn Bhd, yang menguruskan 87 jemaah umrah yang dikatakan terkandas di Mekah sejak lima hari lepas, mengesahkan kelewatan jemaah pulang disebabkan kerosakan enjin pesawat yang dikendalikan oleh Mega Maldives Airlines pada 26 Dis lalu.
Pengurus Operasinya Mejar (B) Abdul Rashid Sarbini berkata pihaknya berharap agar para jemaah bersabar dan memberi sedikit masa bagi syarikat penerbangan membaiki pesawat yang sepatutnya membawa pulang para jemaah pada tarikh tersebut.
Selain itu, pihaknya juga turut mencari alternatif lain seperti mencari pesawat dan penerbangan lain seperti Saudi Airlines bagi membawa pulang jemaah umrah, yang kebanyakannya dari Batu Pahat, secepat mungkin.
"Masalah berpunca daripada kerosakan pesawat Mega Maldives akibat masalah enjin. Pesawat itu sepatutnya membawa pulang jemaah kami dari Jeddah Isnin lepas (26 Dis) dan juga jemaah lain dari syarikat lain. Pihak mereka sudah maklumkan yang kerosakan itu akan mengambil masa selama lima hingga 10 hari untuk dibaiki," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Rashid berkata para jemaah yang terlibat telah dimaklumkan serta diberi penginapan oleh syarikat penerbangan serta makan dan minum dibiayai oleh Al Fajr Travel and Tours.
Mengikut perancangan terkini, jemaah dijangka pulang paling awal 1 Jan atau 2 Jan ini, sekiranya masalah pesawat dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Memang menjadi tanggungjawab kami untuk membawa pulang jemaah jadi kami harap jemaah dan keluarga di sini juga diharapkan banyak-banyak bersabar," katanya.
Berkenaan dengan tindakan yang mungkin dikenakan ke atas jemaah kerana tinggal di Jeddah melebihi tempoh masa visa yang dibenarkan, beliau berkata para jemaah tidak perlu risau memandangkan pihak syarikat telah pun memaklumkan permasalahan kepada muasasah yang menguruskan jemaah di sana dan juga Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
"Tiada tindakan yang akan dikenakan kepada jemaah, jadi tidak perlu risau. Kalau ada tindakan pun, ke atas kami (syarikat). Tetapi dalam kes ini, kami dah maklumkan kepada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, mereka juga sudah maklum, jadi tidak timbul langsung mengenai tindakan kecuali ada jemaah yang secara sengaja tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan," kata Abdul Rashid.
Semalam, seramai 87 jemaah dari Batu Pahat dilaporkan terkandas di Mekah berikutan agensi pengurusan umrah mereka gagal menguruskan jadual penerbangan pulang seperti ditetapkan dan berita mengenainya mendapat perhatian Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah.
Menurut semakan visa yang dibuat oleh pihak konsulat, jemaah berkenaan yang tiba di Jeddah 12 Dis lalu, dibenarkan tinggal selama 30 hari iaitu sehingga 12 Jan ini.
Sementara itu, Mega Maldives Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya masih menunggu persetujuan pengendali lain untuk melaksanakan penerbangan sewa khas bagi membawa penumpang dari Jeddah ke Kuala Lumpur serta dari Kuala Lumpur ke Jeddah.
Syarikat penerbangan itu memahami bahawa notis yang munasabah perlu diberikan kepada pesawat untuk penumpang pergi ke lapangan terbang.
"Sekiranya penumpang membuat pertimbangan lain untuk perjalanan mereka, kami meminta agar mereka maklumkan kepada kami dan agensi pelancongan mereka supaya kami dapat memperuntukkan kapasiti tempat duduk yang kami cuba untuk menguruskan dengan sewajarnya," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016

Para jemaah diminta bersabar dan memberi sedikit masa bagi syarikat penerbangan membaiki pesawat yang sepatutnya membawa mereka pulang. - Gambar hiasan
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

87 jemaah umrah terkandas di Mekah akibat kerosakan enjin pesawat
Syarikat Al Fajr Travel and Tours Sdn Bhd mengesahkan kelewatan jemaah pulang disebabkan kerosakan enjin pesawat yang dikendalikan oleh Mega Maldives Airlines pada 26 Dis lalu.