Sebanyak 9,350 pelajar telah berjaya dalam permohonan mereka untuk ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara pada sesi persekolahan 2019.
Dalam kenyataan pada Ahad, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata daripada jumlah itu, 52.28 peratus atau 4,888 calon merupakan pelajar-pelajar berpotensi golongan B40.
"Ia merupakan satu peningkatan sebanyak 15.34 peratus berbanding pengambilan 2018," katanya.
KPM berkata mulai tahun hadapan kerajaan telah memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP iaitu untuk membantu pelajar-pelajar berpotensi golongan B40 selari dengan dasar kerajaan baharu untuk membantu golongan kurang berada untuk memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.
Katanya meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP daripada kalangan golongan B40, jumlah sebanyak 52.28 peratus itu merupakan satu pencapaian kerana secara perbandingan peningkatan pada kali ini adalah hampir 60 peratus berbanding jumlah pengambilan 2018.
Secara tidak langsung pertambahan pengambilan pelajar-pelajar B40 itu mencapai hasrat kementerian dan kerajaan pada amnya.
"KPM yakin untuk pengambilan kali ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada anak-anak dari keluarga B40, sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform,untuk memperoleh kemudahan pendidikan lebih baik.
KPM akan terus meningkatkan pendekatan proaktif bagi menambah bilangan pelajar di SBP daripada kalangan golongan B40 pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Katanya tawaran kemasukan ke SBP juga mengambil kira keputusan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dan merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Psikometrik.
Dalam pada itu, katanya mereka yang gagal dalam permohonanan boleh membuat rayuan secara dalam talian dilaman portal rasmi KPM di www.moe.gov.my bermula 21 Disember 2018 lalu iaitu daripada tarikh keputusan permohonan dikeluarkan.
Tempoh rayuan akan dibuka sehingga 15 Januari 2019.
Katanya pada kali ini, KPM telah menerima 77,487 permohonan untuk memasuki SBP.
--BERNAMA
Bernama
Sun Dec 23 2018
Meskipun sasaran KPM adalah untuk menempatkan 60 peratus pelajar SBP daripada kalangan golongan B40, jumlah sebanyak 52.28 peratus itu merupakan satu pencapaian. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Bangunan asrama lelaki MRSM Besut terbakar, 58 pelajar terselamat
Kebakaran sekitar jam 10.44 malam itu melibatkan empat buah bilik di tingkat satu asrama terbabit.
'Naluri saya kuat mengatakan itu rangka Hafiz Fauzan' - Bapa
Abdul Halid merupakan ayah kepada Hafiz Fauzan yang merupakan pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Parit Raja yang dilaporkan hilang pada 25 Mei lalu.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.
PATI jadikan kondominium di Putrajaya sebagai asrama diserbu
Seramai 127 individu telah diperiksa di 47 unit rumah di empat blok berketinggian 21 tingkat.
Kebakaran di asrama Kazakhstan ragut 13 nyawa
Tiga belas orang maut dalam kebakaran di sebuah asrama di Almaty Kazakhstan pada Khamis.
Pelajar Tingkatan Empat cedera mata didakwa dipukul di asrama
Kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya telah mengejek mangsa dan mengajaknya untuk berlawan dengan seorang lagi rakannya.
Enam maut asrama pekerja hospital terbakar
Pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan berjaya menyelamatkan 52 orang.
Empat penghuni pondok pemulihan dadah didakwa pukul rakan hingga cedera parah
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Wan Aminullah Wan Ibrahim, dengan menggunakan sebatang rotan.
Pelajar Tingkatan 4 cedera dipukul pelajar senior di asrama
Pada awalnya mangsa memaklumkan kepada bapanya dia mengalami sakit di bahagian perut dan kencing berdarah.