Seramai 92 Ketua Umno Bahagian dari seluruh negara hari ini mendesak tindakan tegas diambil ke atas Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon kerana menggesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digugurkan dari kabinet berikutan kenyataannya mengenai peniaga Cina.
Mereka juga mengecam tindakan Sin Woon yang bukan sahaja mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Ismail, malah dikatakan secara terang telah menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.
"Berkaitan isu dan tindakan Ketua Pemuda MCA yang bersekongkol dengan parti DAP yang bekerjasama untuk menyelar kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya bentuk kerjasama oleh mereka dan menuntut presiden dan kepimpinan tertinggi MCA selaku rakan komponen Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan tegas ke atas ketua pemuda MCA yang secara terang-terangan bekerjasama dengan parti DAP ini," kata kenyataan yang dibacakan wakil mereka, iaitu Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir pada sidang media hari ini.
Katanya, kerjasama sedemikian tidak dapat diterima kerana DAP sememangnya telah terbukti sebuah parti cauvinis yang sering menimbulkan isu-isu perkauman.
"Ketua pemuda MCA kena jawab kenapa beliau sanggup meminta Perdana Menteri menggugurkan Ismail Sabri dari jawatan menteri.
"Beliau tidak mempunyai hak mengarahkan Perdana Menteri kerana itu adalah hak mutlak Perdana Menteri yang melantik kabinet," tegasnya.
Menurut Musa lagi, kenyataan Ismail harus dilihat dari sudut faedah pada seluruh rakyat tanpa mengira kaum yang mana kenyataan tersebut juga telah membangkitkan kesedaran dan kuasa pengguna yang tinggi.
Dalam pada itu, kesemua wakil-wakil Umno itu juga menyokong penuh kenyataan Ismail itu kerana menurutnya dari segi konteks, golongan majoriti sememangnya mempunyai kuasa mengubah serta mempengaruhi peniaga.
Dalam satu kenyataan di Facebook, Ismail Sabri pada Isnin berkata pengguna harus bersatu untuk memberi tekanan kepada peniaga dalam memastikan harga barangan diturunkan ekoran penurunan harga minyak.
Kenyataannya semalam itu meminta rakyat memboikot pemborong dan peniaga yang masih enggan menurunkan harga barang yang dilihat bukan sahaja memberi faedah kepada kaum Melayu tetapi juga pengguna berbangsa Cina.
Kenyataan itu telah mengundang pelbagai reaksi bukan sahaja dari pihak pembangkang malah dari kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri iaitu MCA.
Sementara itu, semalam kira-kira 200 himpunan bekas Pemuda Umno menyatakan kecaman terhadap kenyataan mendesak agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri meletakkan jawatan ekoran kenyataannya mengenai isu peniaga Cina, yang dianggap sebagai 'bodoh, biadap dan tersasar'.
Jurucakap mereka, Datuk Zulkifli Alwi berkata, MCA juga sengaja menimbulkan kenyataan berbaur kecaman sekali gus tanda jasa UMNO kepada parti orang Cina itu dilupakan sama sekali.
Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar juga telah mengeluarkan kenyataan dalam akaun twitternya bahawa polis akan memanggil Ismail untuk mengambil keterangan berhubung isu tersebut.
Ismail bagaimanapun berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis tentang isu berkenaan.
Haider Yutim
Wed Feb 04 2015
92 Ketua Umno bahagian mendesak tindakan tegas diambil ke atas Ketua Pemuda MCA kerana menggesa Ismail Sabri digugurkan dari kabinet. - Foto Astro AWANI / Haider Yutim
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.
Peranan wanita MCA semakin penting dalam situasi politik semasa
Jawatankuasa Pusat Wanita MCA yang baharu perlu membantu parti itu mendapatkan semula sokongan pengundi Cina.
MCA tidak bertanding pada PRN, tumpu persediaan hadapi PRU16
MCA tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.
Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Chong berkata, Ahmad Zahid harus menjaga kepentingan dan mengutamakan parti komponen dalam BN, bukannya Pakatan Harapan, terutamanya DAP.
Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.
Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.
MCA adakan AGM secara tertutup tahun ini
MCA akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-69 parti itu secara tertutup pada 17 dan 18 Dis ini.
PRU15: Ada sebab BN Pahang ketengah muka baharu di Parlimen Raub - Wan Rosdy
Menurut Wan Rosdy, calon PRU15 yang dikemukakan oleh MCA dan bertanding atas tiket BN di Parlimen Raub itu sudah pastinya terdiri daripada calon boleh menang sekali gus mampu memenangi hati pengundi.
Sambutan ulang tahun MCA ke-73 secara hibrid Jumaat ini
Acara dijadual bermula pada 11 pagi secara hibrid dengan kehadiran barisan kepimpinan MCA dan ahli-ahli parti.
Komponen BN tetap sokong PN sehingga pilihan raya berikutnya - Presiden MCA
Presiden MCA, Chong Sin Woon berkata situasi itu tidak menjejaskan pendirian partinya untuk terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.