Sebanyak 95 peratus daripada 30,200 jemaah haji tanahair sudah berlepas ke Tanah Suci.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata baki lima peratus lagi jemaah dijadual berlepas dalam waktu terdekat dengan penerbangan terakhir pada 28 Ogos ini.
"Walaupun saya tidak berada di Tanah Suci bersama jemaah lain ketika ini, namun setiap hari saya monitor dan menerima laporan daripada Tabung Haji mengenai perkembangan jemaah haji yang telah berada di Makkah dan Madinah.
"Sehingga hari ini, sudah 95 peratus penerbangan berlepas dan penerbangan terakhir ialah pada Isnin ini," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Mahabbah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) Kedah 2017 di pekarangan Masjid Al-Khairiyah Bedong, di sini, malam tadi.
Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia pada 24 Julai lalu dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 26 Ogos, namun ada penerbangan yang tertunda selepas Kerajaan Arab Saudi memperketat urusan pengeluaran visa haji bagi mengelakkan pengganas menyeludup masuk ke sana.
Dalam pada itu, Jamil Khir turut memuji penganjuran program terbabit yang disifatkannya sebagai antara usaha menyuburkan kemajuan dan pembangunan Islam di negara ini.
"Radio ini menjadi model penyiaran pada masa kini dengan jangkauan pendengar mencecah 1.4 juta orang dan IKIM berdiri bukan hanya atas platform penyiaran semata-mata sebaliknya lebih 'advance', termasuklah menerusi televisyen IKIM dan media sosialnya, yang boleh dicapai masyarakat hampir di seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, pada program bertemakan Ukhwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah itu, seramai 160 asnaf dari kawasan zon Bedong, menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia.
Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Profesor Datuk Dr Azizan Baharuddin dan Ketua Pengarah Yayasan Pembagunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin.
Pelbagai acara menarik diatur sepanjang dua hari program berlangsung, bermula Khamis lalu, antaranya Forum Al-Quran dan Peradaban, siaran langsung Maulid@Ikim, segmen dari konti ke pentas, pertandingan memanah dan memasak, serta pameran dan jualan produk.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
Penerbangan pertama jemaah haji dari Malaysia pada 24 Julai lalu dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 26 Ogos, namun ada penerbangan yang tertunda selepas Kerajaan Arab Saudi memperketat urusan pengeluaran visa haji. - Gambar hiasan
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
PM Anwar ucap penghargaan kepada Arab Saudi
Pertemuan dengan Mohammed memberi ruang kepada dua pemimpin itu menyentuh pelbagai aspek hubungan Malaysia-Arab Saudi, khususnya perdagangan dan pelaburan.
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
PM dijadual bertemu pemimpin Lubnan, Kuwait di Riyadh
Arab Saudi anjur Sidang Kemuncak Arab-Islam tangani pencerobohan Israel di Palestin, Lubnan
Keganasan di Palestin dan Lubnan, termasuk pencerobohan kejam Israel, telah memaksa pemimpin Arab dan Islam untuk mengambil tindakan segera.
Arab Saudi hantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan
Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) menghantar pesawat bantuan ke-21 ke Lubnan pada Sabtu.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
Arab Saudi mulakan pembinaan Mukaab
Media antarabangsa melaporkan projek bernilai $50 billion (RM237.5 billion) itu dijangka siap sepenuhnya pada 2030.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.
Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin
Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.