Qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifly, masing-masing dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang menutup tirai, malam tadi.
Kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi bagi qari sebanyak 87.5 peratus dan qariah 84.34 peratus pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439/2018M di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.
Johan qari dan qariah membawa pulang wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan fardu haji, piala iringan dan sebuah kereta Proton Ertiga.
Penyampaian hadiah kepada pemenang kategori lelaki disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala kategori wanita disampaikan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya Datin Seri Fatmawati Saidin serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Sementara itu, qari Melaka Azraie Abd Hak dan qari Perak, Dr Anuar Hasin, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dengan pungutan markah 86.67 dan 86.66 peratus.
Bagi kategori wanita pula, tempat kedua menjadi milik qariah Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar (84 peratus) manakala tempat ketiga dimenangi qariah Terengganu, Norhidayah Abd Rahman (83.66 peratus).
Bagi hafazan kategori juzuk 1-30 berserta tafsir, johan lelaki dimenangi hafiz Selangor, Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar dengan mencatat 96.36 peratus manakala kategori wanita diungguli hafizah Wilayah Persekutuan, Siti Nadhira Mohd Shafie (96.46 peratus).
Johan hafazan juzuk 1-20 pula dimenangi hafiz Perak, Muhammad Dzulfaqor Mohd Zaine (98.19 peratus) dan hafizah Negeri Sembilan, Siti Najihah Zamri (96.51 peratus) manakala johan kategori juzuk 1-10, ma-sing-masing milik hafiz Wilayah Persekutuan, Sheikh Muhammad Aiman Hafiy Hishamuddin (98.74 peratus) dan hafizah Johor, Siti Nurhidani Mohamad Dun (98.29 peratus).
Johan lelaki dan wanita kate-gori utama hafazan juzuk 1-30 membawa pulang wang tunai RM15,000, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan fardu haji, piala iringan dan sebuah kereta Perodua Axia.
Kelantan dipilih sebagai johan keseluruhan tilawah manakala johan keseluruhan hafazan diungguli Johor.
Majlis yang bermula 1 April lalu itu menghimpunkan 28 peserta bagi tilawah, melibatkan 14 qari dan 14 qariah, serta 79 peserta bagi pertandingan hafazan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018

Abdullah Fahmi dan Suhailah, masing-masing dinobatkan sebagai johan tilawah al-Quran pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439/2018M di Kompleks Islam Putrajaya malam tadi. --fotoBERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

BLACKMORES peroleh pensijilan halal JAKIM, perkukuh kepercayaan pengguna
BLACKMORES mencatat sejarah sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
JAKIM menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.

Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.