Suatu ketika dahulu nama 'Abe Jali' Salam Pantai Timur meniti bibir rakyat Kelantan kerana berjaya menghiburkan penonton dengan dialek Kelantan sewaktu bersiaran dalam rancangan Salam Pantai Timur, hiburan komedi terbitan RTM sekitar tahun 2007.
Abe Jali atau nama sebenar Mohd Idris Ibrahim, 58 tahun mulai dikenali dalam dunia hiburan selepas berjaya membawa watak Abe Jali, penggiat seni dari Kelantan yang berada sebaris dengan artis komedi ketika itu, antaranya Sabri Yunus, Allahyarham Zami Ismail dan lain-lain lagi.
Beliau antara penggiat seni Dikir Barat di Kelantan dan sering kali bersama beberapa artis Dikir Barat tersohor Kelantan, antaranya, Jen Endoro, Allahyarham Zaidi Buluh Perindu, Jali Bunga Tanjung dan sebagainya.
Kerana minatnya dalam seni dan kebudayaan Kelantan, Mohd Idris atau Mat Deris memilih menjadi hamba seni dan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam suatu ketika dahulu.
Namun kini, beliau terlantar dan tidak aktif seperti dahulu selepas kaki kanannya dipotong kerana penyakit Kencing Manis kronik yang dialaminya.
Selepas kaki kanannya dipotong tahun lepas, beliau mula memencilkan diri di sebuah rumah pemberian Jabatan Pembangunan Persekutuan, JPP Kelantan di Kampung Chap, Bekelam, di sini dengan ibunya yang berusia 80 tahun menjadi pengganti isterinya yang meninggalkan beliau sejak hampir setahun lalu.
Ketika ditemui Astro AWANI di kediamannya, Mat Deris seoalah-olah malu untuk menonjokan dirinya dan tidak banyak bercakap.
“Memang saya masih teringat sewaktu zaman kegemilangan itu, tapi kini tidak dapat bergerak dan menguruskan diri” katanya.
Jika dahulu Mat Deris dikenali dengan sikap peramah, suka berlawak jenaka, suara garau dan suka menyapa dan bergurau, namun pertemuan di rumahnya itu memperlihatkan dirinya yang diam dan tidak banyak bercakap.
Ibunya, Mek Nab Samad, yang juga uzur menjadi penemannya sejak setahun lalu selepas isteri Mat Deris meninggalkannya.
Mek Nab bagaimana pun menjelaskan, anak sulung Mat Deris yang kini belajar di Melaka pulang menjenguk ayahnya apabila cuti.
Menurut Mek Nab, Mat Deris mempunyai dua orang anak dan kedua-duanya tinggal di luar Kelantan.
“Mat Deris ini anak bongsu makcik, dia uzur dan tak aktif seperti dulu, duk dengan makcik la, makan minum anak lain yang hantar, rumah ini pemberian Tokpa (Datuk Seri Mustafa Mohamed),” ujarnya.
Mek Nab yang turut uzur mengakui zaman kegemilangan anaknya sewaktu bergelar artis sudah berlalu, hanya tinggal nama yang semakin dilupai bahkan Mat Deris juga sukar untuk menguruskan dirinya sendiri.
“Makcik lah duk teman dia, sapa nak teman dia lagi, nak tak nak, anak kan, kena jaga juga walaupun makcik ni uzur dah, tua dah, tak larat, lagi pun makan minum anak lain mari hantar, “ tambahnya.
Menurut Mek Nab lagi, Mat Deris seorang pencinta seni dan penggiat seni Dikir Barat dan bakat serta minat itu ditonjolkan sejak beliau di bangku sekolah, namun segalanya kini tinggal kenangan, dan hidupnya atas ihsan orang ramai dan rakan-rakan yang membantu.
Vivi Sumanti
Sun May 19 2019

Selepas kaki kanannya dipotong tahun lepas, Abe Jali mula memencilkan diri di sebuah rumah pemberian JPP Kelantan di Bekelam, bersama ibunya yang menjadi pengganti isterinya. - Astro AWANI

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam. #AWANInews
Beirut Dikejutkan dengan Kehadiran Pesawat Israel Ketika Pengebumian Dua Pemimpin Lubnan
Pesawat Israel dilihat terbang di Beirut pada Ahad ketika upacara pengebumian Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Zionis. Puluhan ribu rakyat di Lubnan dilihat berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua pemimpin itu. #AWANInews

Salah, Szoboszlai hantui Manchester City di Etihad
Kemenangan luar biasa ke atas penyandang juara ini melebarkan jurang mata di puncak liga dan memberi tekanan psikologi kepada Arsenal.

Bekas bintang Arsenal, Manchester United kini bersama Feyenoord
Pemain berusia 41 tahun itu menandatangani kontrak sehingga Jun 2027 selepas dilepaskan Heerenveen.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.

Abe Jali Salam Pantai Timur meninggal dunia
Arwah yang berusia 58 tahun dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat lalu selepas mengadu tiada selera makan dan mengalami serangan angin ahmar kali kedua yang menyebabkan mulut dan badannya lumpuh.

Abe Jali Salam Pantai Timur, uzur dan ditinggal isteri... hanya ibu jadi peneman diri
Kerana minatnya dalam seni dan kebudayaan Kelantan, Mohd Idris atau Mat Deris memilih menjadi hamba seni dan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang kakitangan awam suatu ketika dahulu.