BERCAKAP mengenai bayi baru lahir, sudah tentu aspek tumbesaran dan perkembangan menjadi fokus utama, bukan?

Ayuh, kita fahami terlebih dahulu perkembangan bayi mengikut bulan, barulah tak susah hati jika anak masih belum berjalan.


Bayi baru lahir


Dari bayi kecil tidak berdaya hingga menjadi seorang anak kecil yang aktif, ia hanya memerlukan tempoh masa 12 bulan untuk melalui fasa transformasi luar biasa ini.

12 bulan terasa lama, bukan?

Tetapi percayalah, tempoh 365 hari itu sangat singkat. Apatah lagi saat melibat bayi baru lahir anda membesar dan mengalami perubahan dan perkembangan menarik setiap hari.

Dalam masa sama sebagai ibu bapa baharu, pastinya anda dan pasangan tertanya-tanya apakah yang boleh dijangkakan dalam perihal perkembangan si manja dan bagaimana untuk menentukan sama ada mereka berada tepat di landasan atau sebaliknya.

Terdapat fasa yang luas dan berbeza bagi setiap anak untuk mencapai tahap perkembangan tertentu.

Ini kerana setiap anak akan membesar mengikut tempoh masa dan acuan mereka yang tersendiri. Bahkan, ia takkan sama seperti adik-beradik mereka yang lain.

Umumnya, titik perkembangan (milestones) adalah pusat pemeriksaan melibatkan tingkah laku atau fizikal dalam perkembangan anak semasa membesar.

Manakala keupayaan (ability) adalah kemahiran tambahan yang harus dikembangkan oleh anak.

Jom kita tengok perkembangan bayi mengikut bulan bagi tahun pertama kehidupan mereka.

Perkembangan bayi mengikut bulan:

0 hingga 3 bulan

Pada peringkat perkembangan pertama ini, tubuh dan otak bayi baru lahir akan belajar untuk hidup di dunia luar.

Si manja mungkin akan mula untuk:

Perkembangan fizikal bayi baru lahir

Perkembangan kognitif

Perkembangan emosi

Perkembangan deria


4 hingga 6 bulan

Pada tempoh ini, si manja akan mula belajar dengan lebih banyak dan memanipulasi dunia di sekelilingnya.

Bayi anda akan mula menguasai penggunaan tangan dan meneroka keupayaan suara mereka.

Dalam tempoh 4 hingga 6 bulan ini, anak mungkin akan:

7 hingga 12 bulan

Pada tempoh kedua bagi tahun pertama ini, si kecil akan menjadi anak yang semakin aktif.

Pada usia 7 hingga 9 bulan, selepas mempelajari bahawa mereka boleh menuju ke sesuatu tempat dengan bergolek, kemudian anak akan mula belajar pula cara bergerak ke depan dan belakang.

Dalam fasa ini, si manja boleh:


10 hingga 12 bulan

Tahap perkembangan terakhir bagi tahun pertama bayi ini dianggap sebagai fasa peralihan.

Pada tempoh ini, mereka akan belajar untuk:

Pemeriksaan pakar pediatrik

Apa yang perlu dilakukan jika berasakan anak tidak mencapai tahap pertumbuhan atau perkembangan sepatutnya?

Pertama sekali, percayakan naluri anda. Sekiranya benar-benar rasa ada sesuatu yang tidak kena, berbincanglah dengan doktor. Pengesanan awal adalah yang terbaik.

Kredit: Hello Doktor

Artikel asal si Pa&Ma



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !