Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat (AS) mengakui ada usaha beberapa pihak yang cuba meruntuhkan keamanan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum dari Malaysia yang menetap di negara itu.
Koordinator WeMalaysia AS (Bahagian timur), Faris Hakim Mazlan berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu memainkan isu politik perkauman dan sengaja mahu merosakkan toleransi yang sekian lama terjalin di antara pelajar di sana.
"WeMalaysia AS menentang usaha-usaha sedemikian kerana ia boleh menggugat kejayaan yang telah dicapai oleh negara selama ini dan merugikan semua pihak.
"Mengambil semangat perayaan Tahun Baharu Cina, kita ingin menyeru semua pihak supaya berusaha untuk mempertahan dan mengekalkan keharmonian Malaysia yang tercinta.
"Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita hendaklah mendokong aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju perpendapatan tinggi dan harmoni seperti yang digariskan di dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: TN50: Pelajar Malaysia luar negara patut beri pandangan - Mahdzir
BACA: TN50: Input anak muda yang perlu dihadam oleh PM
Katanya, Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Tionghua selain diraikan pelajar Malaysia di serata dunia.
"Inilah keunikan yang ada pada Malaysia, semua bangsa dan agama saling hormat-menghormati serta bebas menyambut perayaan mereka secara aman dan harmoni.
"Ia resepi kejayaan negara bergerak maju ke hadapan dan mencapai aspirasi nasional. Semangat perpaduan yang telah diterapkan sejak di Malaysia inilah yang menjadi panduan pelajar-pelajar Malaysia di AS untuk terus mengekalkan keharmonian sesama kita.
"Banyak aktiviti pelajar-pelajar Malaysia melibatkan pelbagai bangsa yang dijalankan secara bersama dan muafakat seperti East Coast Festival (ECFest), Midwest Games dan Malaysian Cultural Night," jelasnya.
Dalam pada itu, Koordinator WeMalaysia di Adelaide Oscar Zi Shao Ong menjelaskan, setiap negara memerlukan suatu misi untuk masa depan cemerlangnya sendiri.
"Semasa Bajet 2017, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan TN50 yang akan mencorak wajah Malaysia 30 tahun yang akan datang dari segi ekonomi, masyarakat, alam sekitar, teknologi dan urus tadbir.
"Tindakan meminta pendapat daripada masyarakat terutamanya pemuda adalah amat wajar kerana merekalah yang akan menjadi pemilik negara nanti.
"Kerajaan juga perlu menyediakan informasi tentang status negara kepada rakyat, terutamnya dari segi ekonomi supaya mereka boleh mengambil kira informasi yang ada dan memberi pandangan yang lebih relevan.
"Kerajaan juga perlu menyediakan idea awal supaya input rakyat dapat membina ke arah tersebut. Idea perpaduan dalam 1Malaysia dan Wawasan 2020 juga wajar disesuaikan dalam pelan tersebut," jelasnya.
Ketika mengulas sambutan Tahun Baharu Cina, Oscar melahirkan rasa bangga kerana perayaan itu disambut bersama-sama tanpa mengira kaum,agama dan budaya.
"Sebagai seorang pelajar luar negara, saya perlu mengakui bahawa suasana yang harmoni tersebut sukar dilihat di luar negara," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden WeMalaysia Australia Nur Naqiuddin Mdd Nordin berkata, keharmonian kaum di Malaysia tercapai daripada keringat rakyat yang berbilang bangsa.
"Tanpa sumbangan daripada seluruh rakyat Malaysia, tidak mungkin Malaysia akan mencapai apa yang kita nikmati pada hari ini.
"Negara kita unik dan istimewa kerana kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum, bangsa dan agama. Oleh yang demikian, untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian yang kita ada, haruslah kita bersama-sama meraikan dan menghormati antara satu sama lain.
"Buanglah segala sifat-sifat yang boleh merosakkan persahabatan kita dan kemakmuran negara kita, dan tanam sifat kerjasama dan kasih sayang di antara kita," jelasnya.
Nur Naqiuddin turut berharap, sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini meningkatkan jalinan persahabatan sesama pelajar di luar negara walaupun diakui banyak perbezaan di antara mereka.
WeMalaysia merupakan sebuah gerakan terbuka yang digerakkan pelajar Malaysia di luar negara. Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Fri Jan 27 2017

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Sumbangan 25 tahun dalam kerjaya seni, Siti Nurhaliza teruja diiktiraf Walk of Fame Adelaide
Beliau berasa cukup gembira dan terharu sebaik menerima pesanan emel daripada pihak penganjur atas pengiktirafan tersebut.

Tahniah! Siti Nurhaliza terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya pada Selasa.

COVID-19: Australia Selatan laksana perintah berkurung enam hari
Berikutan itu, semua sekolah, universiti, kilang dan restoran diarahkan ditutup bermula Khamis dan hanya seorang individu daripada setiap isi rumah dibenarkan keluar.

COVID-19: Peningkatan kes mendadak, Adelaide kenakan semula sekatan
Ia susulan peningkatan daripada tiga kes kepada 17 kes positif baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di bandar kedua terbesar di Australia itu.

Siti Nurhaliza promosi TMM 2020 dalam konsert di luar negara
Siti Nurhaliza akan mempromosi negara dan Tahun Melawat Malaysia 2020 menerusi lagu-lagu irama Malaysia ketika mengadakan konsert di luar negara

Siti Nurhaliza teruja untuk beraksi di Adelaide
Undangan mengadakan konsert di Adelaide, Australia dianggap satu penghormatan buat Siti Nuhaliza.

Malindo Air ke Adelaide mulai bulan depan
Malindo Air akan memulakan penerbangan empat kali seminggu ke destinasi terbaharu, Adelaide, Australia, pada 16 April depan.

Datuk Bandar Adelaide lawat Pulau Pinang, bincang inisiatif bandaraya pintar
Yew berkata Adelaide dan George Town adalah lebih daripada bandaraya kembar, yang terjalin sejak 1973, kerana kedua-dua bandaraya mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang sejarah.

Apabila Raja Rimba datang dekat...
Kalau biasa kita saksikan haiwan liar di dalam sangkar, tapi apa pula rasanya kalau haiwan tengok kita dari luar sangkar?

Ada cubaan gugat kemakmuran pelajar Malaysia di luar negara - WeMalaysia
Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat mengakui ada usaha beberapa pihak yang cuba meruntuhkan keamanan dan kemakmuran rakyat berbilang kaum dari Malaysia yang menetap di negara itu.