Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantah menganjuran "Better Beer Festival 2017" kerana wujud rancangan militan untuk melakukan sabotaj ke atas festival berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun berkata rancangan itu dibuat kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka.
"Maklumat risikan juga mendedahkan bahawa wujud beberapa pihak yang merancang untuk menimbulkan kekacauan semasa festival tersebut berlangsung dan ini bakal menimbulkan satu situasi keselamatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, bagi mengelakkan sebarang insiden di luar kawalan berlaku, PDRM bertindak proaktif dengan mendirikan bantahan terhadap penganjuran festival tersebut demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.
'Better Beer Festival 2017' dijangka diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di Publika di sini dibatalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan 'sensitiviti politik'.
Bagaimanapun, penganjurnya MyBeer (M) Sdn Bhd dalam kenyataan berkata tahap keselamatan yang diperuntukkan pihaknya mencukupi dan bersedia bertemu DBKL untuk membincangkan pembatalan acara tersebut.
Hakim Rahman
Thu Sep 21 2017
Mohamed Fuzi berkata rancangan itu dibuat kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perjuangan mereka. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Larang PAS bantah pesta arak tindakan politik tidak matang
Kenyataan pemimpin DAP itu, yang turut menggesa PAS memberi perhatian kepada Kelantan dan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri lain, juga satu kenyataan dangkal dan tidak bertanggungjawab.
DBKL tetap larang pesta arak - Tengku Adnan
DBKL tetap tidak akan mempertimbang semula penolakan permohanan penganjuran pesta itu kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga akan berlaku penjualan arak di tempat terbuka.
Tengku Adnan beri penjelasan berhubung pesta arak
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan bahawa beliau menyatakan pembatalan pesta arak "Better Beer Festival 2017".
'Ada militan rancang sabotaj 'Better Beer Festival' - Polis
Polis Diraja Malaysia(PDRM)membantah menganjuran "Better Beer Festival 2017" kerana wujud rancangan militan untuk melakukan sabotaj ke atas festival berkenaan.
MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.