Dasar subsidi petrol secara bersasar akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula suku kedua 2019.
Pelaksanaan dasar baharu ini dikatakan akan memberikan faedah kepada isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Tahukah anda, di India terdapat sejuta rakyat secara sukarela menawarkan diri untuk tidak menjadi penerima subsidi untuk bekalan gas petroleum cecair (LPG) pada 2015?
Ini berikutan kempen yang diuar-uarkan di laman media sosial tempatan di mana selebriti dan pemimpin negara itu telah tampil secara sukarela mendaftarkan diri untuk kempen tersebut.
BACA: Pemberian subsidi bersasar RON95 dapat dilaksanakan suku kedua 2019
Dengan pelaksanaan kempen ini, ia telah berjaya membantu kerajaan India menjimatkan subsidi kerajaan sebanyak RM82.3 juta.
Justeru, persoalannya adakah kempen seumpama itu mampu dijayakan di negara kita?
Menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari, dalam konteks Malaysia, jumlah yang akan menolak subsidi secara sukarela masih kecil.
“Dalam konteks Malaysia sekarang, mungkin ada segelintir yang akan secara sukarela untuk tidak menjadi penerima subsidi. Tetapi jumlahnya masih kecil.
“Hal ini kerana, masih ada lagi yang terbeban dengan kos sara hidup yang disebabkan peningkatan harga barangan berbanding dengan peningkatan pendapatan yang hampir statik,” jelasnya.
Tambah Mohd Yusof, kerajaan perlu menyediakan sistem pangkalan data yang lengkap dengan butiran isi rumah bagi mengenal pasti siapa yang benar-benar layak untuk mendapatkan subsidi berkenaan.
"Kebocoran berlaku kepada kebanyakan dasar dan polisi yang berkaitan dengan subsidi jika kita tiada satu sistem data yang komprehensif dan tepat.
"Oleh itu, cabaran kerajaan adalah memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagaimana mendapatkan data penduduk yang merangkumi pendapatan, jumlah isi rumah, pekerjaan, saiz rumah dan segala maklumat penting berkaitan sosioekonomi mereka," katanya lagi.
Tambahnya, sistem tersebut sudah pun terdapat di negara-negara maju membuatkan apa-apa dasar yang dilaksanakan kerajaan di negara-negara itu lebih cekap dan mencapai sasaran.
Namun begitu, jika terdapat cadangan atau permintaan, adakah anda bersedia untuk menjadi masyarakat yang tidak lagi bergantung kepada subsidi?
Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 2 Nov lalu, beliau mengumumkan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter yang terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dengan kapasiti enjin bawah 1,500cc.
Manakala 40 liter sebulan untuk pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.
Isabelle Leong
Thu Dec 06 2018

Dasar subsidi petrol secara bersasar akan dilaksanakan oleh kerajaan bermula suku kedua 2019. - Astro AWANI
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Laksanakan reformasi dasar, institusi dengan cepat, guna kaedah berkesan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan formasi dasar serta institusi di negara ini dilakukan dengan cepat dan menggunakan pelbagai kaedah yang lebih berkesan.

Malaysia wajar sedia pelan kontingensi hadapi dasar Trump 2.0 - Penganalisis
Ini penting bagi membolehkan Malaysia mampu tangani risiko daripada langkah perdagangan bersifat punitif dengan mempelbagai pasaran eksport.

Tatakelola baik, dasar jelas pacu pertumbuhan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Dengan semangat melaksanakan perubahan dan ikhlas berkhidmat, Malaysia berpotensi menjadi antara negara hebat di dunia.

Kerajaan tak ada dasar jelas, bimbangkan pelabur - Presiden MCA
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata kenyataan sedemikian mungkin turut memberi kesan kepada peluang pekerjaan dan perniagaan.

KDN lakukan pelarasan dasar, libat elemen penambahbaikan - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan beberapa pelarasan melibatkan dasar dan polisi kementerian.

Kerajaan Kelantan laksana sesi libat urus untuk gubal lima dasar
Dasar ini bertujuan menegakkan keadilan tanpa meminggirkan kemajuan di segenap bidang.

'Beri ruang anak muda terangkan situasi sebenar negara' - Shahril Hamdan
Kerajaan perlu mendapatkan input daripada semua golongan muda termasuk mereka yang tidak terlibat dalam politik bagi setiap perangkaan dasar yang bakal dilaksanakan.

Pemain naturalisasi: Jangan tangkap muat lagi, kata Dollah
Jika ia demi kepentingan bola sepak negara, keputusan untuk menghentikan seketika projek itu membawa kepada pelbagai persoalan.

Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.

'Taksub' terbitkan makalah: KPI pensyarah perlu berteras negara, masyarakat - MPN
Lebih penting adalah untuk membantu kementerian, agensi dan industri menambah baik proses membuat keputusan dasar, polisi dan program-program.