Perhimpunan BERSIH 4.0 yang mensasarkan kehadiran 100,000 peserta lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya, Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan memandangkan ia sedang disiapkan untuk sambutan Hari Merdeka.
"Saban tahun kita menyambut Merdeka di situ, kenapa nak beria-ria nak buat di situ pada 29 dan 30 Ogos?
"Tak ada tempat lain, nak di situ juga. Macam Malaysia ini tak ada tempat lain.
"Stadium besar, khabarnya 100,000 (orang) akan datang, jadi Stadium Bukit Jalil yang paling baik untuk menempatkan 100,000 orang.
"Takkan hendak letak 100,000 orang dekat Dataran Merdeka itu?" kata Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman.
Sementara itu penganjur Perhimpunan BERSIH 4.0, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam reaksinya kepada kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan perhimpunan BERSIH 4.0 ‘mementingkan diri sendiri’ dan tidak mengambil kira hak peniaga dan orang ramai, menganggap kenyataan itu sebagai tidak wajar.
Gabungan itu memberikan contoh penganjuran KL City GP pada 7 hingga 9 Ogos lalu yang menyebabkan jalan jalan utama di ibu kota ditutup selama tiga hari berturut-turut, namun tetap diberikan kebenaran untuk dianjurkan.
“BERSIH 2.0 tidak pula mendengar sebarang bantahan daripada Ketua Polis Negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, persatuan peniaga, individu mahupun mereka yang tinggal di sekitar kawasan terbabit berkenaan kesan daripada penutupan jalan terbabit.
“Adakah kepentingan korporat lebih utama berbanding kepentingan rakyat dan negara?” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Acara lumba kereta itu telah mengakibatkan penutupan jalan utama termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.
BERSIH 2.0 juga berkata bahawa perhimpunan BERSIH telah pernah berlangsung tiga kali sebelum ini, dan kesan perhimpunan tersebut terhadap ekonomi setempat adalah bukan sahaja minimal malah memberi keuntungan kepada pengusaha hotel, peniaga kecil, pengusaha restoran dan juga pengangkutan awam.
Justeru andaian yang dibuat oleh Ketua Polis Negara itu dianggap tidak tepat dan gabungan itu menolak dakwaan ia mementingkan diri, tambah lagi perhimpunan dikatakan bertujuan untuk mendesak penambahbaikan ke arah sebuah kerajaan dan sistem pilihanraya yang lebih adil.
Hakim Rahman
Mon Aug 17 2015

KHALID: Perhimpunan BERSIH 4.0 yang mensasarkan kehadiran 100,000 peserta lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Maria Chin bakal didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.

'Komponen BN jangan curiga dengan perhimpunan 16 September lepas' - Syed Ali
Komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya berasa curiga dengan perhimpunan baju merah yang diadakan 16 September lalu, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Mat Sabu dipanggil beri keterangan berhubung perhimpunan Bersih
Mohamad Sabu disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 Sekysen 4 (2) (C) kerana menganjur atau menyertai satu protes jalanan pada perhimpunan Bersih antara 29 hingga 30 Ogos lalu.

'Bersih, jangan cabar Baju Merah' - Jamal
Himpunan Rakyat Bersatu sedia berhadapan dengan Bersih 4 sekiranya mereka berhasrat untuk mengadakan sebarang perhimpunan lagi pada masa akan datang.

Apa motif sebenar Himpunan Rakyat Bersatu? - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan motif Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan di sekitar ibu negara, pada Rabu.

Perhimpunan baju merah tiada manfaat dalam pembangunan - Liow
MCA menolak perhimpunan baju merah yang diadakan pada Rabu ini kerana boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di negara ini.

'Tun M tumpang populariti Bersih 4 untuk nyatakan tidak puas hati terhadap Najib' - Jamal
Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada Bersih 4 akhir bulan lepas hanyalah untuk menumpang populariti perhimpunan itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azalina cabar Guan Eng adakan Bersih di Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dicabar untuk mengadakan perhimpunan Bersih akan datang di negeri di bawah pentadbirannya.

Pijak gambar: Banyak lagi cara kalau tidak puas hati - Dr Najmil
Mana-mana pihak dianggap biadab apabila menyalurkan kemarahan atau tidak puas hati dengan tindakan memijak gambar pemimpin.

Bersih 4: PDRM guna bukti gambar, video kesan lebih ramai individu
PDRM akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan yang diisytihar haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan.