"Saya sedih kehilangan satu-satunya anak lelaki dan anak bongsu kesayangan keluarga."
Itu keluh ibu kepada murid tahun 6, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, yang maut terjerlus lantai bas ketika mengikuti rombongan sekolah pagi tadi.
Ibu mangsa, Nik Hasmani Mohamad, 44, dalam nada sebak berkata dia mengetahui kejadian daripada penganjur yang menyuruh dia dan suami Mohd Suria Ismail,46, segera ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
"Saya hanya dimaklumkan bas yang dinaiki anak terbabit dalam kemalangan namun terkejut apabila diminta ke bilik mayat," kata Nik Hasmani ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital itu, hari ini.
Nik Hasmani berkata anaknya yang mesra dipanggil Adam ialah anak bongsu dan anak tunggal lelaki dia dan suami, Mohd Suria Ismail,46, daripada empat beradik selain mempunyai tiga anak perempuan -- Wan Nur Fazleen Amirah, 24, Wan Nur Fazreen Athirah,18, dan Wan Nur Faresya Amanda,15.
"Ketika tiba di hospital saya bertanyakan guru dan penganjur apa yang terjadi, namun mereka hanya mengangguk-angguk dengan wajah sedih.
"Suami masuk ke bilik mayat dan memberitahu anak cedera parah dengan sebahagian kaki hampir putus, isi perut terkeluar, patah di beberapa bahagian badan akibat digilis tayar bas," katanya.
Mayat mangsa yang sudah dibedah siasat dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Bakti, Bukit Belah,Machang dan jenazah dijangka dikebumi selepas Isyak malam ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Belah, Machang.
Dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi, mangsa Wan Mohammed Adam meninggal dunia selepas parah digilis tayar bas.
Difahamkan mangsa dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bok, Machang bersama 30 lagi murid dalam perjalanan ke Bukit Keluang, Terengganu untuk menghadiri Bengkel Bahasa Inggeris selama dua hari anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang dan Empower.
BACA: Murid tahun enam maut terjerlus lantai bas berlubang
Vivi Sumanti
Thu Jul 04 2019
Nik Hasmani menunjukkan gambar anaknya Wan Mohammed Adam. -Astro AWANI/Vivi Sumanti
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.
COVID-19: Bilik mayat Mumbai dipenuhi jasad tidak dituntut
Pusat krematorium dan tanah perkuburan di Mumbai menyaksikan angka kematian paling tinggi manakala bilik mayat pula terus mengumpul sejumlah besar mayat yang tidak dituntut.
COVID-19: AS catat lebih 10,000 kematian, situasi dijangka lebih teruk
Malah, di bilik mayat hospital di new orleans telah ketiadaan ruang untuk menempatkan mangsa-mangsa yang meninggal dunia.
COVID-19: Bilik mayat penuh, mangsa 'mungkin' dikebumi di taman awam New York
Ia susulan peningkatan kematian di negeri itu yang menghampiri angka 5,000 sehingga tiada tempat untuk menyimpan mayat.
'Adam anak bongsu kesayangan keluarga' - Ibu murid terjerlus lantai bas cerita detik duka
Nik Hasmani Mohamad, 44, berkata dia mengetahui kejadian daripada penganjur yang menyuruh dia dan suami Mohd Suria Ismail,46, segera ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.
Dua individu ditahan, sebar gambar bedah siasat Sala
Seorang wanita berusia 48 tahun dan seorang lelaki berusia 62 tahun dari Wiltshire ditahan kerana disyaki menggunakan komputer makmal tanpa kebenaran.
Dijemput ajal genap sebulan menikah
Dalam kemalangan pada 1.30 pagi Ahad, Mohamad Syahmi bersama isterinya Nur Diana maut di tempat kejadian selepas kereta mereka naiki masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas.
Projector Band dedah cipta lagu 'Sudah ku tahu' di sebelah bilik mayat
Projector Band mendedahkan lagu hit mereka, Sudah Ku Tahu dicipta di sebelah bilik mayat.