Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat.
Beliau berkata pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kematian bayi itu untuk mengenal pasti sama ada didera ataupun sebaliknya.
"Hasil bedah siasat yang dijalankan bermula 9.40 pagi dan selesai 1 tengah hari mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah disebabkan 'kecederaan di kepala akibat trauma objek tumpul'," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja sulung Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fadzil berkata hasil pemeriksaan menunjukkan bayi itu mengalami pendarahan dalaman di bahagian otak kanan dan kesan retak di bahagian tempurung kepala sebelah kiri.
Bayi lelaki berusia lima bulan itu dilaporkan hilang pada Selasa sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuhnya di Batu Caves, lewat malam semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta dimasukkan di dalam beg berwarna hijau.
Susulan kejadian itu, polis sudah menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan permohonan reman terhadap kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Selayang, pagi tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 04 2018

Pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kematian bayi itu untuk mengenal pasti sama ada didera ataupun sebaliknya.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Hukuman penjara 6 tahun ke atas pengasuh Adam Rayqal kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap bekas pengasuh Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif.

Pengasuh di rumah akan terus dipantau
Kerajaan bercadang untuk menambah baik akta sedia ada termasuk Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi memastikan pemantauan yang lebih berkesan dapat dilakukan ke atas pengasuh di rumah.

"Saya pernah hilang anak, giliran saya pula bantu"- Sumbangan Bazli UNIC buat bapa Adam Rayqal
Simpati dengan nasib keluarga Adam Rayqal yang kehilangan anak mereka dalam keadaan yang menyayat hati, penyanyi kumpulan UNIC, Bazli telah membantu mengutip derma buat ibu bapa bayi tersebut.

Taska di tempat kerja bukan bebanan untuk majikan
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian tragis adik Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves.

Meruntun hati! Netizen sayu lihat tangisan ibu Adam Rayqal
Beberapa potongan video yang memaparkan tangisan ibu kepada arwah Adam Rayqal Mohd Sufi meruntun hati netizen.

Kes Adam Rayqal: Selebriti turut berkongsi kesedihan
Antara selebriti yang turut berkongsi luahan hati mereka mengenai kes Adam Rayqal ini ialah Farahdhiya, Fizo Omar, Lisa Surihani dan Wany Hasrita.

'Insya-Allah, Adam Rayqal tunggu kami di syurga' - Bapa
Mohd Sufi turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dengan tidak menularkan gambar yang tidak sepatutnya berkaitan arwah anaknya.

Kes kematian Adam Rayqal perlu dikendalikan secara adil - Wan Azizah
Kes kematian bayi Adam Rayqal itu perlu dikendalikan secara adil bagi semua pihak yang terlibat dalam kejadian itu.

Pelesenan pusat asuhan perlu dilihat semula - MB Selangor
Aspek pelesenan dan pendaftaran terhadap pusat asuhan kanak-kanak dan pengasuh yang menerima upah menjaga kanak-kanak di kediaman sendiri di Selangor perlu dikaji semula.

Adam Rayqal alami pendarahan dalaman di otak, retak tempurung kepala - Polis
Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi Adam Rayqal Mohd Sufi akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala