Charles Suresh Morais, adik Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang hilang sebelum ditemui mati dibunuh, bertindak melarikan diri ke luar negara selepas membuat pelbagai dakwaan berhubung kes kematian abangnya itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Charles melarikan diri pada pukul 1.30 pagi Khamis melalui Tambak Johor selepas membuat sidang media mengenai mendiang abangnya pada petang Rabu lalu.
"Saya menyifatkan Charles sebagai seorang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab selepas dia mengeluarkan pelbagai kenyataan," kata Khalid kepada pemberita semasa Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor Siri 2/2015 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini, hari ini.
Media sosial dan portal berita melaporkan baru-baru ini Charles membuat pelbagai dakwaan berhubung kes pembunuhan abang itu, antaranya (Kevin) terlibat dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khalid berkata pihaknya akan memanggil peguam Charles iaitu Americk Sidhu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
"Jika dia (Americk) gagal membantu siasatan polis akan guna kaedah lain bagi mengesan Charles," katanya.
Beliau berkata selain itu, polis juga membuka kertas siasatan terhadap Charles di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan maklumat dan Seksyen 124L kanun sama kerana cuba melakukan sabotaj.
Mayat Kevin, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini pada 16 Sept lepas setelah beliau dilaporkan hilang pada 4 Sept lepas.
Kevin kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini, untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Bernama
Sat Nov 28 2015
![Adik Kevin Morais larikan diri selepas sidang media Adik Kevin Morais larikan diri selepas sidang media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448691136_CharlesMorais.jpg)
Polis juga membuka kertas siasatan terhadap Charles di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan maklumat dan Seksyen 124L kanun sama kerana cuba melakukan sabotaj. - Gambar Fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604399448_ClareRewcastleBrow.jpg)
Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov
Peguam Rewcastle Brown, Americk Sidhu dan peguam Sultanah Nur Zahirah, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
!['Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi 'Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61551933108_HajiHadiAwang.jpg)
'Pas, saya tidak bayar Rewcastle Brown RM1.4juta' - Hadi
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan tiada bayaran sebanyak RM1.4 juta dibuat seperti dakwaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
![Adik Kevin Morais larikan diri selepas sidang media Adik Kevin Morais larikan diri selepas sidang media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448691136_CharlesMorais.jpg)
Adik Kevin Morais larikan diri selepas sidang media
Charles Suresh Morais, adik TPP Anthony Kevin Morais yang hilang sebelum ditemui mati dibunuh, bertindak melarikan diri ke luar negara selepas membuat pelbagai dakwaan berhubung kes kematian abangnya.