Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agama ibarat bom jangka yang mampu mencetuskan porak peranda jika disensasikan untuk tujuan politik.
Baginda bertitah peranan agama amat suci, namun adakala ia dinodai pihak yang kurang memiliki hikmah dengan cuba menyelit nilai, prasangka serta agenda peribadi bagi menjuarai dan mensensasikan sesuatu isu.
"Apabila agama diguna selain daripada tujuan menyemai roh ketuhanan, apa lagi apabila dipilih untuk disensasikan secara politik, agama adalah bom jangka yang amat kuat letupannya, berpotensi mencetuskan porak-peranda dan mala petaka," titah baginda.
Sebaliknya, baginda bertitah agama apabila difahami sepenuhnya merupakan instrumen penyatuan, keadilan selain dapat melahirkan masyarakat baik yang memiliki roh dan kekuatan dalaman serta sifat kehambaan kepada Tuhan.
Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini. Muzakarah tiga hari mulai Ahad bertemakan "Raja: Payung Pelindung Agama" itu diadakan bersempena Hari Keputeraan ke-59 Sultan Perak yang lalu.
Sultan Nazrin bertitah status agama seseorang sama ada tergolong sebagai ahli syurga atau neraka ditentukan Allah, maka tidak wajar serta amat bercanggah dengan seruan Ilahi jika manusia sendiri memilih menjatuhkan hukum mengenai status akidah dan tahap keimanan insan lain.
"Tugas dan tanggungjawab manusia terutama mereka yang terlibat secara langsung mengurus dan mengendalikan urusan agama ialah untuk menyeru kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar.
"Sifat ihsan adalah penting untuk berusaha membantu seramai mungkin manusia menemui cahaya kebenaran," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah ulama dan umara yang diamanahkan mengurus hal ehwal Islam perlu melaksanakan tanggungjawab mereka secara berhikmah, bijak, adil di samping menghormati perasaan serta insan lain dan wajib memahami realiti semasa dan setempat.
"Keadilan wajib dilaksanakan, maruah insan lain wajib dihormati, sementara Raja bertanggungjawab memenuhi peranan penimbang tara secara adil lagi saksama serta bersedia memberi ruang untuk mendengar dan menghalusi," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah sifat adil memerlukan raja-raja memberi payung naungan secara saksama kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira anutan agama masing-masing.
"Raja-raja telah menerima hakikat kepelbagaian pegangan agama ini, dan tidak ada rekod yang menunjukkan raja-raja Melayu telah mengenakan paksaan kepada penganut agama lain untuk memeluk agama Islam," titah Sultan Nazrin.
Bernama
Mon Jan 25 2016
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah agama apabila difahami sepenuhnya merupakan instrumen penyatuan, keadilan selain dapat melahirkan masyarakat baik yang memiliki roh dan kekuatan dalaman serta sifat kehambaan kepada Tuhan. - Gambar Fail
Kes kelima strain mpox baharu dikesan di UK
Satu lagi kes strain baharu mpox, Clade Ib mpox, telah dikesan di UK, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada lima kes.
Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.
Piala Malaysia: Negeri Sembilan bertemu Terengganu di suku akhir
Negeri Sembilan FC mara ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2024/2025 dengan menyingkirkan PDRM FC.
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Kerjasama Malaysia, India, Indonesia perkukuh penternakan telur bebas sangkar di Asia
Dalam mengorak ke hadapan serta memperkukuhkan lagi kebajikan haiwan ternakan di peringkat global, PPTBSM menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bebas Sangkar India dan Indonesia.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Solat Jumaat, Terawih dan Aidilfitri di masjid? Ini panduan buat jemaah...
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini, sudah tentu ramai yang tidak dapat menunaikan ibadah di masjid terutama solat Terawih demi keselamatan sejagat.
Agama ibarat bom jangka jika disalah guna - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agama ibarat bom jangka yang mampu mencetuskan porak peranda jika disensasikan untuk tujuan politik.