Agen saraf VX yang dikesan digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam tidak pernah ditemui di Malaysia sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata, ia senjata kimia yang boleh melumpuhkan sistem saraf dan orang yang terkena VX boleh mati dalam masa setengah jam akibat tidak boleh bernafas.
Beliau berkata agen saraf itu juga sukar untuk dikesan jika dibawa masuk ke negara ini dalam kuantiti yang kecil.
"Ini adalah kali pertama kita temui (VX), sebelum ini tidak pernah ada dan kita cuma tahu mengenainya melalui pembacaan sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Pemerkasaan Perubatan Tradisional Melayu 2017 di sini hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat berkata bahan kimia 'Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate' atau Agen Saraf VX telah digunakan dalam pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
Jong Nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.
Jong Nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dihantar ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2017

DR HILMI: Agen saraf itu juga sukar untuk dikesan jika dibawa masuk ke negara ini dalam kuantiti yang kecil. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Protes Rusia: Polis guna kekerasan lerai demonstrasi
Sekitar 40,000 penunjuk perasaan tidak menghiraukan amaran cuaca sejuk dan polis untuk menuntut pembebasan pengkritik Kremlin dan Ketua Pembangkang Rusia, Alexei Navalny.

Alexei Navalny dibenar keluar hospital selepas lebih sebulan diracun agen saraf
Menurut hospital, pesakit dibenarkan keluar dari wad bedasarkan perkembangan dan keadaan semasa pesakit.

Pemimpin pembangkang Rusia semakin pulih selepas diracun
Navalny yang merupakan seteru Presiden Rusia, Vladimir Putin, jatuh sakit dalam penerbangan domestik 20 Ogos lalu dan dipindahkan ke Jerman untuk rawatan.

Ibu pejabat Facebook dikosongkan gara-gara sarin
Empat bangunan di ibu pejabat Facebook Inc terpaksa dikosongkan selepas bungkusan yang diterima syarikat itu didapati positif sarin.

Doan dipenjara tiga tahun empat bulan, cederakan Kim Chol
Bernasib baik kerana pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif yang hanya membawa hukuman penjara 10 tahun berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Serangan agen saraf: Britain perlu tampil dengan bukti - Rusia
Kementerian Luar Rusia berkata London seharusnya mempercepatkan proses siasatan dan mendedahkan kepada umum berhubung hasil siasatan tersebut.

Isu Novichok: Rusia tuntut jawapan kepada 14 persoalan daripada Britain
Rusia menggesa Britain untuk menjawab kesemua 14 soalan yang dihantar melalui kedutaannya di London.

Rusia usir 60 diplomat AS rentetan insiden bekas perisik diracun
Duta AS juga diarahkan untuk menutup konsulat di St Petersburg, dalam satu tindak balas yang disifatkan sebagai pengusiran diplomat asing terbesar sejak Perang Dingin.

'Perang Dingin' mungkin berlaku jika sentimen anti-Rusia berterusan
Barat perlu sedar bahawa kempen anti-Rusia tidak membawa sebarang manfaat pada masa hadapan jika ia terus menentang Moscow.

Rusia selar tindakan Australia usir dua diplomatnya
Kedutaan Rusia di Canberra menuding jari terhadap Australia yang mengikuti United Kingdom (UK) secara membabi buta untuk mengusir dua diplomat Rusia, hari ini.