Semua agensi pelancongan yang ingin mengendalikan pakej umrah perlu mempunyai lesen khas umrah bermula 1 Okt tahun hadapan yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kata Timbalan Menterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata tujuan pengenalan lesen khas tersebut adalah bertujuan untuk memantau dan mengelak kes penipuan umrah berulang lagi pada masa akan datang.
Jika sebelum ini mana-mana syarikat yang menjalankan aktiviti pengendalian ibadah ke umrah hanya perlu mendapatkan lesen perjalanan ke luar negara (outbound) namun bermula Oktober tahun hadapan mereka perlu mendapatkan kedua-dua lesen iaitu lesen outbound dan lesen khas umrah, katanya.
Katanya, antara prasyarat untuk memperoleh lesen tersebut adalah para pengendali umrah perlu menjalani kursus pemantapan pengendali umrah (KPPU) yang dianjurkan oleh kementerian selama dua hari.
"Kursus ini adalah wajib dan perlu dihadiri semua agensi pelancongan yang ingin menawarkan perkhidmatan pakej umrah dan sehingga kini 60 syarikat telah menjalani kursus tersebut," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini hari ini.
Mereka yang gagal mendapatkan lesen bakal dikenakan tindakan denda RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun termasuk berhadapan pembatalan lesen pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 Seksyen 5(2), katanya.
Menurut Mas Ermieyati, dianggarkan seramai 2,000 jemaah umrah telah terperdaya dengan kegiatan pakej umrah murah pada tahun ini, namun sehingga hari ini hanya satu aduan rasmi dibuat kepada kementeriannya.
Bagaimanapun aduan yang diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daripada 2014 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 3,482 kes direkodkan dengan jumlah tuntutan dari pengguna sebanyak RM21.28 juta, katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa hanya syarikat berbentuk Sdn Bhd yang dibenarkan menjalankan aktiviti pelancongan termasuk pakej ke umrah.
"Organisasi yang berbentuk koperasi dan yayasan tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti pelancongan kecuali dengan menubuhkan anak syarikat berstatus Sdn Bhd dan mempunyai lesen daripada kementerian," katanya, sambil menambah kementerian tidak mengiktiraf penggunaan wakil syarikat dan ejen agensi pelancongan selain kakitangan mereka sahaja.
Dalam pada itu, Mas Ermieyati memaklumkan bahawa harga siling pakej umrah ekonomi yang telah dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah bagi tempoh 12 hari 10 malam adalah sebanyak RM4,900 untuk tahun ini.
"Namun harga ini adalah tidak termasuk dengan kos kenaikan harga visa sebanyak 2,000 Riyal yang baru diperkenalkan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah yang pergi untuk kali kedua dan seterusnya," katanya.
Menurutnya, jemaah yang hendak menunaikan umrah kali pertama, kadar visa adalah percuma.
Mengenai viral di media sosial mata wang Ringgit tidak diterima di Arab Saudi, Mas Ermieyati menegaskan ia tidak benar.
"Pihak pengurup wang di sana masih lagi menerima Ringgit Malaysia untuk ditukarkan kepada Riyal berdasarkan kadar pertukaran semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2016

Dianggarkan seramai 2,000 jemaah umrah telah terperdaya dengan kegiatan pakej umrah murah pada tahun ini, hinggakan menjejaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.

Impian Shah Firdaus bawa ibu bapa tunai umrah tercapai
Selepas insiden itu, terdapat beberapa agensi pelancongan menghubunginya menawarkan untuk menaja beliau merealisasikan hasratnya itu.

Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong
Kerjasama dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia.

Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.

Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.

Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.

Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara.