LONDON: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles III, yang berlangsung di Wesminster Abbey pada Sabtu.
Seri Paduka berdua tiba di London, pada Rabu bagi mengadakan lawatan khas hingga 14 Mei, atas persilaan rasmi Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom (UK).
Kota London hari ini menjadi tumpuan dunia dengan kunjungan raja-raja dan anggota kerabat, ketua-ketua negara, ketua-ketua kerajaan serta dif-dif kenamaan utama dari seluruh dunia. Kira-kira 2,000 tetamu jemputan khas menghadiri upacara bersejarah United Kingdom itu.
Upacara gemilang penuh istiadat tradisi diraja UK itu turut menyaksikan pertabalan Permaisuri Camilla, bermula pada 11 pagi waktu UK (6 petang waktu Malaysia), yang diikuti oleh rakyat England serta masyarakat antarabangsa menerusi siaran televisyen secara langsung dan media sosial.
Al-Sultan Abdullah, yang memakai pakaian istiadat No. 1 tentera sementara Tunku Azizah mengenakan persalinan baju kurung moden berwarna kuning direka khas oleh baginda sendiri untuk istiadat pertabalan baginda berdua pada tahun 2019.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah merupakan Ketua Negara Malaysia yang pertama berangkat menghadiri ke Istiadat Pertabalan Raja UK.
Kali terakhir istiadat yang sama diadakan adalah 70 tahun lalu, ketika Ratu Elizabeth II ditabal menjadi ketua negara UK pada 2 Jun 1953. Ketika itu, Tanah Melayu (kini Malaysia) masih belum merdeka dan Institusi Yang di-Pertuan Agong belum lagi wujud.
Mengikut rekod sejarah ketika istiadat pertabalan Ratu Elizabeth II, Sultan Kelantan, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Sultan Perak berkenan berangkat mewakili Tanah Melayu, yang ketika itu masih lagi tertakluk di bawah pentadbiran British sebagai negara koloni, ke istiadat pertabalan berkenaan.
Malaysia turut diwakili dalam perarakan pertabalan besar-besaran yang menyaksikan pembabitan kira-kira 6,000 anggota tentera UK termasuk 400 anggota tentera dari 38 negara Komanwel.
Sejumlah 12 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, bangga diberi penghormatan menyertai perbarisan dan perarakan diraja dengan mempamerkan keterampilan dan mutu kawad terbaik.
Suasana di sekitar London bagaikan berpesta dengan orang ramai dari serata pelosok dunia membanjiri kota raya untuk menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah era moden ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2023

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Raja Charles lll dan Permaisuri Camilla di Westminster Abbey hari ini. - Foto BERNAMA
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Agong, Raja Permaisuri berangkat hadiri pertabalan Raja Charles III
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah merupakan Ketua Negara Malaysia yang pertama berangkat menghadiri ke Istiadat Pertabalan Raja UK.

5 upacara tradisi pertabalan raja di seluruh dunia
Sentiasa ada beberapa jenis pertabalan. Biasanya terdapat pakaian kebesaran atau ritual dan unsur-unsur yang dianggap suci.

Lelaki ditahan selepas baling 'kartrij senapang patah' di kawasan Istana Buckingham
Lelaki itu kini dalam tahanan polis dan tiada laporan mengenai sebarang tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan.