“RAJA dan rakyat berpisah tiada” - ringkas pepatah Melayu tersohor ini, namun cukup mendalam makna yang dikandungi.
Penjelasan yang sering diberikan - Raja itu ibarat payung yang dipertanggungjawabkan menaungi rakyat jelata dari sinar terik mentari, dan rakyat itu diibarat sebagai lambang kekukuhan dan kesinambungan Institusi Diraja.
Mudahnya, tanpa rakyat yang dirajai, tiada Raja yang merajai.
Tarikh 30 Julai ini, negara menyaksikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, di Balairung Seri, Istana Negara.
BACA: #AgongKita: Istiadat Pertabalan YDP Agong jadi tumpuan
ISTIADAT KEBERANGKATAN TIBA
Jelas mengikut protokol yang ditetapkan, ketibaan jemputan-jemputan utama ke Dewan Seri Maharaja didahului Timbalan Perdana Menteri berserta pasangan, diikuti perdana menteri dan pasangan.
Kemudiannya, ia disusuli keberangkatan tiba Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Tuan-Tuan yang Terutama, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan-Toh Puan mengikut keutamaan di Anjung Utama, dan diiringi ke Dewan Seri Maharaja.
Selepas itu, majlis menyaksikan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhun Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah, serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Yang di-Pertuan Agong kelihatan segak memakai pakaian rasmi Istiadat Pertabalan terdiri daripada sepasang Muskat, Tengkolok Diraja, Pending Diraja, dan Keris Pendek Diraja, manakala Raja Permaisuri Agong pula anggun mengenakan Gendik Diraja, serta Kalung Diraja.
Sejurus tiba di Peterana Diraja, Baginda YDP Agong telah diberi Hormat Diraja oleh Barisan Kawalan Kehormat Utama oleh seramai 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Pada masa sama, lagu ‘Negaraku’ dikumandangkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, dan Istiadat Pecah Bendera dijalankan, menyaksikan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikibarkan
Yang di-Pertuan Agong kemudiannya berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat yang diadakan di Dataran Istana Negara, terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat, diketuai oleh Mejar Abdul Hafizi Abdul Halim.
Selesai pemeriksaan Kawalan Kehormat, Baginda Tuanku berangkat meninggalkan Peterana Diraja dan terus ke Dewan Seri Maharaja, bagi meneruskan Istiadat Pertabalan di Balairung Seri.
BACA: Upacara Hormat Diraja dahului atur cara istiadat pertabalan
ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16
Sedia dan setia menanti di Balairung Seri ialah Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithnain, diiringi panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama, serta Adikung Bading, Dang Perwara dan Hulu Balang yang membawa Alat Kebesaran Diraja seperti Pedang, Keris, Cokmar, Sundang dan Tombak Berambu.
Pengerusi Upacara kemudiannya mengumumkan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Balairung Seri, diikuti alunan lagu ‘Raja Berangkat’ oleh Nobat Diraja Terengganu.
Kedua-dua Baginda kemudian bersemayam di Singgahsana Diraja, diikuti Datuk Paduka Maharajela, Adikung, Dang Perwara serta panglima-panglima mengambil tempat masing-masing.
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian bangun menghadap memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memulakan upacara, dan kemudian mengundurkan diri serta membuat pengumuman Upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dizahirkan.
Selesai pengumuman, beliau kembali menghadap dan memohon izin Yang di-Pertuan Agong untuk membawa Alat Kebesaran Istiadat Pertabalan masuk ke Balairung Seri.
Dengan keizinan yang diberikan Baginda Tuanku, Datuk Paduka Maharaja Lela mengundurkan diri meninggalkan Balairung Seri.
Sejurus kemudian Pengerusi Upacara mengumumkan Alat Kebesaran Istiadat Pertabalan dibawa masuk ke Balairung Seri.
Serentak dengan berkumandangnya lagu “Menjunjung Duli” oleh Nobat Diraja Terengganu, Datuk Paduka Maharaja Lela kembali masuk ke Balairung Seri, disusuli Datuk Penghulu Istiadat dan Pegawai Agama Istana Negara, bersama-sama dengan panglima yang membawa Al-Quran Nul Karim, Keris Kerajaan, Watikah Pengisytiharan, dan Watikah Ikrar.
KUCUPAN AL-QURAN OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian diserahkan Al-Quran berkenaan oleh panglima yang membawanya, dan kemudian terus berjalan ke Singgahsana sehingga ke Anak Tangga Ketiga, memohon izin dan perkenan Baginda Tuanku untuk menyerahkan kitab suci berkenaan.
Seraya menerima Al-Quran itu, Yang di-Pertuan Agong kemudian mengucup kitab itu, dan meletakkannya di atas rehal khas, di atas meja yang terletak antara Baginda Tuanku dan Raja Permaisuri Agong.
Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian mengundurkan diri, manakala panglima-panglima lain meletakkan Alat Kebesaran yang lain di atas sebuah meja, sebelum bersama-sama dengan Datuk Penghulu Istiadat dan Pegawai Agama Istana Negara ke tempat duduk masing-masing.
WATIKAH PENGISYTIHARAN OLEH PERDANA MENTERI
Selesai upacara itu, Datuk Paduka Maharaja Lela kembali bangun menghadap dan memohon izin perkenan Baginda Tuanku bagi menghadapkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membacakan Watikah Pengisytiharan.
Dengan keizinan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Paduka Maharaja Lela mengundurkan diri dan menjemput Perdana Menteri membacakan watikah itu.
Selepas itu beliau bersama-sama Datuk Penghulu Istiadat yang sedang membawa watikah, bersama-sama mengiringi Perdana Menteri ke tempat ucapan, sebelum Watikah Pengisytiharan itu dibacakan oleh perdana menteri di hadapan para hadirin.
KERIS KERAJAAN ALAT KEBESARAN DIRAJA PALING UTAMA
Selesai pembacaan watikah, Datuk Penghulu Istiadat kembali bangun mengambil Keris Kerajaan atau Keris Panjang Diraja, dan terus bersama-sama Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap Yang di-Pertuan Agong.
Tibanya di tangga Singgahsana, Datuk Paduka Maharaja Lela mengambil Keris Kerajaan itu, menaiki sehingga anak tangga ketiga, dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Baginda Tuanku kemudiannya berkenan menerima alat utama berkenaan, mencabutnya dari sarung seraya mengucup Keris Panjang Diraja itu.
WATIKAH IKRAR SUMPAH SETIA AGONG KEPADA NEGARA
Kini tiba pula giliran Watikah Ikrar untuk dipersembahkan Datuk Paduka Maharaja Lela kepada Yang di-Pertuan Agong.
Baginda Tuanku kemudian membacakan Ikrar, disusuli lagu ‘Raja Bertabal’ oleh Nobat Diraja Terengganu.
Selesai lagu itu dimainkan, Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian melaungkan ‘Daulat Tuanku’ tiga kali, disambut para hadirin dan dif kehormat di dalam Balairung Seri itu, dan pada masa laungan pertama, ia disusuli tembakan meriam sebanyak 21 das.
BACA: #AgongKita: Ikrar Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16
Ketika tembakan meriam berterusan dilepaskan, lagu ‘Negaraku’ kembali berkumandang.
Selesai upacara itu, Datuk Paduka Maharaja Lela kembali menghadap izin perkenan Baginda Tuanku untuk mempersilakan Perdana Menteri menyampaikan Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia, kepada pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 itu.
TITAH UCAPAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Selesai Perdana Menteri membacakan ucapan tahniah dan ikrar taat setia, Datuk Paduka Maharaja Lela sambil diiringi Datuk Penghulu Istiadat, sekali lagi menghadap memohon perkenan Tuanku untuk menyampaikan Watikah Titah Ucapan di anak tangga ketiga Singgahsana.
BACA: #AgongKita: Ucapan tahniah dan ikrar taat setia Kerajaan dan rakyat Malaysia
Selesai Titah Ucapan Baginda, Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap memohon keizinan mengambil Warkah itu, diserahkan kembali kepada Datuk Penghulu Istiadat untuk diletakkan kembali di atas dulang.
DOA SELAMAT POHON DIBERKATI PEMERINTAHAN BAGINDA TUANKU
Kemudiannya, Penghulu Upacara mengumumkan pembacaan doa selamat yang akan disempurnakan oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yacob.
Selepas itu Datuk Paduka Maharaja Lela kembali menghadap memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengambil kembali Al-Quran Nul Karim dari Singgahsana, bagi diserahkan kembali kepada Datuk Penghulu Istiadat.
Kemudian, Datuk Paduka Maharaja Lela sekali lagi memohon perkenan Baginda Tuanku untuk mengumumkan Istiadat Pertabalan telah selamat disempurnakan.
ISTIADAT KEBERANGKATAN PULANG
Kini, Penghulu Upacara mengumumkan keberangkatan pergi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong, dan Raja Permaisuri Agong dari Balairung Seri.
Sebaik tamat pengumuman para hadirin terus bangun, dan Nobat memainkan lagu ‘Raja Berangkat’ sambil Datuk Paduka Maharaja Lela, Datuk Penghulu Istiadat, barisan panglima yang membawa Alat Kebesaran Diraja, Dang Perwara, serta Juruiring Diraja mengambil tempat masing-masing di hadapan Singgahsana.
Kedua-dua Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudian perlahan-lahan menuruni Singgahsana berkenaan dan meninggalkan Balairung Seri, diketuai Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Penghulu Istiadat yang membawa Al-Quran, diikuti pembawa Cogan Alam dan Cogan Agama serta Alat Kebesaran Diraja.
Nobat Diraja Terengganu kemudian berhenti mengalunkan lagu 'Raja Berangkat' apabila kedua-dua Baginda Tuanku tiba di pintu Balairung Seri, sebelum menuju ke sebuah bilik khas.
Firdaus Azil
Tue Jul 30 2019
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, di Balairung Seri, Istana Negara pada 30 Julai 2019. -Gambar fail
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera peringkat terbaik, menawarkan keseimbangan reka bentuk, prestasi dan jangka hayat bateri yang lebih lama.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa sisat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning dalam ijazah sarjana, di mana pelajar menggunakan pengetahuan mereka dalam situasi dunia sebenar.
Dialog Tiga Penjuru: Cuaca buruk…musibah tak terduga!
Amaran cuaca buruk (hujan lebat, ribut petir dan angin kencang) di beberapa kawasan, apa persediaan kita perlu lakukan untuk elak risiko impak bencana dan situasi luar jangka? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
COP29: Menanti titik temu muktamad mekanisme pembiayaan dana iklim
Dzulfitri Yusop bawakan perkembangan terkini dari Persidangan COP29. Berbaki sehari sebelum melabuhkan tirai, masih belum ada titik temu persetujuan muktamadkan mekanisme pembiayaan dana iklim.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Netflix didakwa tidak bersedia untuk khalayak yang ramai dan gagal menyampaikan perkhidmatan yang dijanjikan.
OPPO Find X8: Zum teleskop sehingga 120 kali, perkongsian imej rentas peranti
Siri Find X8 memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk telefon pintar premium dengan sistem kamera terbaik.
Penduduk hasilkan sendiri beras
Susulan berlakunya beberapa isu kekurangan bekalan beras, ada dalam kalangan penduduk di Kampung Alor Berala, Pendang, Kedah mengambil inisiatif menghasilkan beras sendiri daripada mesin yang dibeli.
Trend 'childfree' membimbangkan, tapi ia pilihan keluarga - Noraini
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata kementerian berpandangan bahawa ia adalah hak keluarga berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk kos sara hidup yang tinggi, komitmen kerjaya serta keinginan untuk memiliki kebebasan peribadi.
Sultan Pahang titah undang-undang syariah negeri disemak
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah undang-undang syariah di negeri ini perlu disemak dan ditambah baik secara berkala serta dilaksanakan dengan konsisten.
Sultan Pahang titah peraturan berkaitan bangunan lama dikaji semula
Sultan Pahang menitahkan agar agensi terlibat melihat semula peraturan dan dasar berkaitan bangunan lama bagi mengelakkan tragedi kebakaran yang berisiko meragut nyawa.
Sultan Pahang titah kaji cerun lebih terperinci, elak tanah runtuh berulang
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar kajian khusus berhubung cerun dilakukan oleh pihak berkaitan agar kejadian tanah runtuh di negeri ini tidak berulang.
Al-Sultan Abdullah harap institusi pendidikan Islam di Pahang dapat diperkasa ke arus perdana
Sultan Pahang berharap maahad tahfiz, madrasah dan pondok di negeri itu dapat diperkasa dengan melaksanakan pendekatan pendidikan yang akan membawa institusi pendidikan terbabit ke arus perdana.
Sultan Pahang titah tanggungjawab jaga syiar Islam tugas bersama
Tanggungjawab berkenaan tidak boleh dipisahkan atau dipecah-belahkan atas dasar fahaman politik atau perbezaan ideologi.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
#AgongKita: Agong, Raja Permaisuri tetap di hati rakyat
Keperibadian baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sentiasa di hati rakyat jelata.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong esok
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.