RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengakui baginda sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, malah boleh bertutur dalam dialek tertentu.
Tunku Azizah bertitah, salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China.
“Saya orang Kantonis, saya tahu cakap sikit bahasa Kantonis dan Hokkien. Jika saya ke China untuk cari susur galur, mungkin saya dapat cari rumah nenek moyang, boleh jumpa keturunan generasi keempat, tidak kiralah sama ada Ong atau Wong," katanya semasa wawancara dengan Sin Chew Daily.
Baginda mempunyai darah keturunan Guangdong (Canton) melalui Sultanah Fatimah atau nama asalnya Wong Ah Gew, isteri kepada Sultan Abu Bakar.
Pada 1885, Sultan Abu Bakar berkahwin dengan Sultanah Fatimah yang merupakan anak kepada keluarga saudagar yang kaya di Singapura.
“Darah Cina saya boleh dijejak kepada Wong Ah Gew. Dia berasal dari keluarga yang sangat kaya. Dikatakan, mereka pada masa itu ialah hartawan di Singapura yang sangat kaya seperti babak dalam filem Crazy Rich Asian,” titah baginda.
Tambah baginda, disebabkan akhirnya ketiga-tiga anak perempuannya berkahwin dengan kerabat diraja Johor, ia menyebabkan hartawan tersebut sangat marah.
“Tetapi melihat Sultan Abu Bakar sangat menyayangi anaknya, hartawan ini akhirnya meninggalkan semua hartanya kepada Istana Johor.
“Oleh itu, kalau melawat Muzium Johor, semua alat perak dan emak adalah milik Sultanah Fatimah, malahan barangan kemas yang saya pakai semasa perkahwinan juga adalah ditinggalkan Sultanah Fatimah,” titah Tunku Azizah semasa menceritakan sejarah keluarga baginda.
Tunku Azizah turut berkenan berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak baginda termasuk detik ketakutan apabila kehilangan sijil kelahiran.
Raja Permaisuri Agong memberitahu, disebabkan mukanya yang sedikit mirip orang keturunan Cina, ayahanda baginda pernah memberitahu bahawa baginda dikutip dari tong sampah di Tong Shua (China).
Baginda juga diberitahu, kehilangan sijil kelahiran akan menyebabkan baginda dimasak dengan kari untuk dimakan bagi dilahir semula.
“Saya takut selama beberapa hari pada masa itu. Bayangkan mereka mahu potong saya dan masak dengan kari untuk dimakan semata-mata kerana kehilangan sijil kelahiran.
“Saya menangis dengan teruk dan terus menangis, takut dimasak dengan kari dan dimakan,” kata baginda.
Tunku Azizah juga berkongsi cerita mengenai cermin mata yang baginda pakai ketika kanak-kanak.
"Saya mempunyai amblyopia ketika kecil. Apabila memakai cermin mata sayap seperti yang digunakan oleh Lydia Sum, saya benar-benar kelihatan seperti orang Cina," katanya merujuk kepada pelakon veteran Hong Kong.
Baginda bertitah, cermin mata yang dipakainya membuatkannya kelihatan seperti penyanyi Hong Kong, Jenny Tseng, sekali gus mendorong keluarganya memberikan nama samaran Cina kepada baginda.
Dalam temu bual yang sama, Tunku Azizah juga menceritakan bagaimana seorang pekedai memanggil baginda sebagai kakak kerana tidak tahu identiti sebenar.
Jurujual bernama Keat hanya menyedari kesilapan itu selepas ditegur oleh rakan baginda.
“Saya dan rakan ketawa kerana melihat muka terkejut Keat. Saya bagaimanapun memberitahu bahawa dia boleh terus memanggil saya kakak,” titah baginda.
WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Sinar Harian
Sun Jul 28 2019
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengakui baginda sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, malah boleh bertutur dalam dialek tertentu. -Bernama
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Masters China: Tang Jie-Ee Wei pamer kebangkitan penuh dramatik sebelum mara ke separuh akhir
Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, berjaya melangkah ke separuh akhir Masters China.
Sidang Parlimen: 9 kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa
Persidangan Dewan Rakyat minggu ini menyaksikan sembilan lagi kementerian selesai membuat penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa.
Pasca PRK SG Bakap: Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Kali kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ke-15 di Georgetown, pada Jumaat.
Keputusan hentikan prosiding terletak pada pendakwa raya
Keputusan untuk meneruskan atau menghentikan prosiding jenayah sepenuhnya berada di bawah kuasa pendakwa raya, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Redza Zakaria, pendakwa raya berhak menghentikan pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan selagi tiada keputusan muktamad oleh mahkamah.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Redza Zakaria, pendakwa raya berhak menghentikan pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan selagi tiada keputusan muktamad oleh mahkamah.
[TERKINI] Kes buli UPNM: Perkembangan pendakwaan di mahkamah
Seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas dakwaan mencederakan rakan pelatih junior dengan memijak perut memakai 'spike boot'.
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Konflik Rusia-Ukraine: Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
Eropah sedang siap siaga untuk menghadapi peperangan lebih besar selepas Ukraine melancarkan misil jarak jauh buatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia yang telah mencetuskan kemarahan Moscow.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
#AgongKita: Permaisuri Agong dedah punyai darah keturunan Cina
Tunku Azizah bertitah, salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China.