Ketua Balai Polis Menglembu, ASP Chen Ah Kooy dinasihat tidak terlalu berani dengan membuat video berdurasi 41 saat yang mengugut peminjam wang tidak berlesen atau ah long untuk tidak menggantung poster iklan pinjam wang terutama di sekitar Menglembu, Perak.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakannya walau sebagai seorang pegawai polis juga perlu lebih berhati-hati dan tidak terlalu kasar sehingga menyebabkan risiko kepada diri sendiri.
"Kita risau keselamatannya dan pegawai polis lain. Memang apa yang dikatakannya bagus dan tegas namun dia dan anggota lain akan berhadapan dengan risiko serangan balas yang lebih ganas daripada ah long berkenaan.
"Memang rakyat memandang video itu tanda keperibadian dan tingkah laku sikap seorang pegawai polis kanan yang bagus namun ugutan bunuh kepada ah long boleh menimbulkan perkara yang lebih buruk," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
BACA: Viral: '10 ah long masuk, 10 ah long saya bunuh' - Ah Kooy
Sebelum ini, Ah Kooy dilaporkan mengeluarkan video yang sedang 'viral' di media sosial sekali gus menjadi bukti polis sudah tidak mahu berkompromi lagi dengan sindiket ah long.
Ah Kooy yang berpakaian seragam dengan cermin mata hitam, membuat amaran kepada ah long yang menjadikan kawasan sekitar Menglembu sebagai lokasi menampal poster atau iklan pinjaman wang.
Abdul Rani turut menasihatkan agar pengedaran video itu harus segera dihentikan sebelum kumpulan ah long mengambil langkah serangan balas yang lebih kejam.
"Pasti ah long rasa tercabar dengan video itu, takut mereka rasa ia keterlaluan.
"Rakyat juga pasti melihat dan melabel sikap semua pegawai polis seperti Ah Kooy, ia akan menjatuhkan kredibiliti polis pada mata masyarakat," ujarnya.
BACA: 'Azmin, cakap barua kepada Khalid, semua polis terasa jua' - Rani Kulup
Sementara itu, sebuah portal melaporkan kenyataan Ketua Polis Ipoh Sum Chang Keong yang menyifatkan klip video Ah Kooy itu sebagai melampau.
"Adalah ditegaskan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Balai Menglembu tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
"Selain itu ayat dan bahasa yang digunakan oleh Ketua Polis Balai Menglembu adalah tidak sesuai," kata Chang Keong.
Abdul Rani yang terkenal dengan identiti berkaca mata hitam dan memakai seragam anggota keselamatan sebelum ini pernah memberi amaran kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk tidak memesongkan ungkapan barua yang ditujukan kepada anggota polis kononnya hanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Wan Syamsul Amly
Tue May 19 2015

RANI KULUP: 'Ah Kooy, jangan berani sangat ugut ah long.' -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

'Ah Kooy, jangan berani sangat ugut ah long' - Rani Kulup
Ah Kooy dinasihat tidak terlalu berani dengan membuat video berdurasi 41 saat yang mengugut ah long untuk tidak menggantung poster iklan pinjam wang.