Persidangan yang dianjurkan untuk membincangkan isu-isu bersama dan bersangkut-paut yang timbul dalam bilik mesyuarat lembaga diberitahu bagaimana adanya budaya pasif di kalangan para pengarah semasa mesyuarat lembaga, walaupun ia melibatkan perkara-perkara yang mereka anggap penting.
Ahli lembaga, sepatutnya tidak seharusnya mengelak daripada bersuara semasa mesyuarat demi kepentingan syarikat walaupun pendapat itu tidak selari, kata pengerusi Deutsche Bank Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin semasa salah satu sesi Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa 2019 di sini pada Isnin.
Persidangan yang dianjurkan oleh Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM) itu ialah sebagai platform untuk hadirin membincangkan, membahaskan dan mencari hala tuju muktamad dalam bidang kepimpinan tadbir urus korporat dalam mendepani cabaran abad ke-21.
Mahmood Fawzy berkata terdapat budaya dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Malaysia untuk tidak mencabar pengerusi.
Beliau berpendapat bahawa para pengarah hari ini mesti mampu mencabar perkara-perkara yang mereka anggap penting, dan apa yang mereka rasakan adalah betul.
"Mereka juga harus berani untuk bertanya apabila mempunyai keraguan kerana ia adalah demi kebaikan organisasi," katanya.
Apa yang berlaku sekarang, kata Mahmood Fawzy ialah pengarah, terutama yang lebih muda, cenderung untuk mengelak daripada bertanya pada mesyuarat lembaga.
Hari pertama sidang kemuncak dua hari yang julung kali diadakan itu menyaksikan penyertaan lebih 400 pemimpin eksekutif tempatan dan wilayah, pakar tadbir urus, wakil kerajaan dan anggota masyarakat sivil.
Sementara itu, ahli lembaga ICDM, Datuk Seri Johan Raslan, yang bertindak sebagai moderator untuk Dialog Pengarah pada persidangan, berkata beberapa isu disentuh termasuk yang dihadapi oleh lembaga pengarah hari ini dari segi membuat keputusan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada ahli lembaga pengarah.
"Biasanya biacara ini berkisar mengenai kemahiran profesional sebagai peguam atau akauntan, tetapi kali ini kami menyentuh 'Emotional Quotient' (EQ) seseorang, keupayaan untuk memahami isu sumber manusia dan budaya sesebuah organisasi," katanya kepada Bernama selepas sesi dialog.
Acara seperti ini penting apabila ahli lembaga dari pelbagai industri dapat bertemu dan berbincang tentang budaya yang berbeza dalam sebuah syarikat, termasuk budaya lembaga, dan tidak kurang penting juga untuk membincangkan tentang orang, kelestarian dan etika," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 14 2019

Mahmood Fawzy berkata terdapat budaya dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Malaysia untuk tidak mencabar pengerusi. --fotoBERNAMA

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPRM tahan ahli lembaga pengarah disyaki kemuka butir matan palsu RM500,000
SPRM Perlis menahan seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat berkaitan pertanian, yang disyaki mengemukakan dokumen palsu.

Meta lantik anak kelahiran Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah
Hock Tan lahir di Pulau Pinang, dan telah bertugas di sejumlah syarikat sebelum ini, termasuk General Motors, dan PepsiCo. Beliau kini bertugas sebagai CEO syarikat Broadcom Inc.

Ahli lembaga pengarah terlibat projek sakit di Selangor disenarai hitam - Exco
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil tindakan terhadap pemaju bermasalah.

Separuh firma Jepun timbang lantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah - Tinjauan
Pemegang saham di Jepun kini menggesa syarikat supaya membetulkan ketakseimbangan jantina dalam barisan lembaga pengarah masing-masing.

Barisan Ahli Lembaga Pengarah Juventus letak jawatan serta-merta
Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli, dan keseluruhan ahli lembaga pengarah kelab meletakkan jawatan secara mengejut, awal pagi tadi.

Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.

Wanita diseru fokus agenda perkasa wanita dalam pembangunan negara - Noraini
Noraini berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan.

Pengarah Eksekutif Perak Corp Bhd lepaskan jawatan
Peletakan jawatan Zainal Iskandar berlaku selepas beberapa peletakan jawatan oleh ahli lembaga pengarah lain bulan lepas.

Teleport sedia percepat operasi, umum ahli lembaga pengarah baharu
Pembukaan semula sempadan antarabangsa membolehkan Teleport menjalankan operasi sepenuhnya.

Malaysia mempunyai lembaga pengarah wanita tertinggi di Asia
Malaysia mempunyai peratusan tertinggi wanita sebagai ahli lembaga pengarah di Asia pada 26 peratus berbanding purata global sebanyak 19.7 peratus.