Hari ini, susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), ahli lembaga pengarah 1MDB secara kolektif memutuskan untuk menawar peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Laporan tersebut telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam tadbir urus dan proses membuat keputusan oleh 1MDB, lantas mendorong pengurusan tertinggi syarikat pelaburan strategik negara itu mengambil keputusan tersebut bertujuan memudahkan sebarang siasatan susulan seperti yang dicadangkan oleh PAC.
Berikut ialah senarai ahli lembaga pengarah 1MDB:
Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Pengerusi
- Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak Ogos 1982.
- Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Pengerusi Boustead Holdings Berhad sejak 1 Julai 1991 dan 3 Mac 2010.
- Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser, dari 1973 hingga 1982.
- Berpengalaman dalam pengurusan dana wang kumpulan simpanan selain penubuhan, penstrukturan semula dan pengurusan pelbagai kepentingan perniagaan yang merangkumi sektor peladangan, hartanah, farmaseutikal, industri berat, perdagangan & industri dan kewangan & pelaburan.
- Pengerusi Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, 1Malaysia Development Berhad dan Pharmaniaga Berhad.
- Timbalan Pengerusi Affin Holdings Berhad selain menganggotai Lembaga Pengarah Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad, Affin Investment Bank Berhad, AXA AFFIN Life Insurance Berhad, MHS Aviation Berhad, The University of Nottingham in Malaysia Sdn Bhd, FIDE Forum dan Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad.
- Antara anugerah yang diterima sehingga kini termasuk Chevalier De La Legion D’Honneur daripada Kerajaan Perancis, Anugerah Usahawan Cemerlang Malaysia, Ijazah Kehormat Undang-undang honoris causa daripada University of Nottingham, United Kingdom, Anugerah Alumni UiTM tahun 2010 dan Anugerah Kepimpinan Jenama Ikon Paling Terkemuka The Brand Laureate 2012.
- Graduan College of Business Administration, Universiti Toledo, Ohio, Amerika Syarikat, dengan Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, pada tahun 1972 dan 1973.
Arul Kanda Kandasamy
Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan
- Berpengalaman dalam bidang pelaburan serta peranan di dalam pengurusan kanan.
- Mempunyai kepakaran dalam pengurusan kewangan berstruktur, kewangan korporat dan penstrukturan semula merentasi pelbagai pasaran termasuk Malaysia, UK dan Timur Tengah.
- Menyertai 1MDB daripada Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) ketika memegang jawatan Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Perbankan Pelaburan.
- Pernah berkhidmat di dalam barisan kepimpinan di Barclays Capital dan Credit Agricole.
- Ahli Lembaga Pengarah RHB Bank Berhad.
- Ahli Lembaga Pengarah Global Investment House (Kuwait) dan Ahli Lembaga Pengarah/Ahli Jawatankuasa Pelaburan bagi ADCB Macquarie Infrastructure Fund.
- Seorang peguam dengan ijazah LLB daripada London School of Economics dan LLM daripada University College London.
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi
- Mempunyai pengalaman lebih 13 tahun dalam bidang Transformasi IT, Integrasi IT, Seni Bina Berorientasikan Perkhidmatan (Service-Oriented Architecture) dan pelaksanaan sistem kompleks melibatkan badan-badan berkaitan kerajaan yang besar, agensi-agensi kerajaan, serta institusi-institusi kewangan tempatan, serantau dan antarabangsa.
- Pernah menerajui projek penting di Malaysia, termasuk program transformasi jangka panjang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta turut terlibat dalam merancang dan melaksanakan penggabungan Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope untuk membentuk Synergy Drive, sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.
- Sebelum menyertai 1MDB, beliau merupakan Rakan Kongsi Eksekutif Accenture dan juga Pengarah Urusan Kumpulan Perkhidmatan Awam Accenture Malaysia Sdn Bhd.
- Pengarah Bahagian Minyak, Gas & Tenaga dan Perkhidmatan Kewangan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi PEMANDU, serta turut menjaga portfolio Peranan Kerajaan dalam Perniagaan dalam Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).
- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC).
- Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang pertama.
- Graduan Universiti Stanford, Amerika Syarikat.
Tan Sri Ismee Ismail
- Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji.
- Ahli Lembaga TH Plantations Berhad.
- Pengarah kepada beberapa syarikat termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, syarikat induknya BIMB Holdings Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
- Pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ECM Libra Securities dan Pengarah ECM Libra Capital Sdn Bhd.
- Pernah berkhidmat dengan beberapa organisasi dalam pelbagai kapasiti, termasuk sebagai Pengurus Besar Kanan Kewangan Lembaga Tabung Haji; Ketua Akauntan di syarikat pengurusan aset negara, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad; dan Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan Arab Malaysian Development Berhad.
- Pernah memegang pelbagai jawatan dengan Shell Malaysia Berhad.
- Anggota Institut Akauntan Bertauliah (UK) dan Anggota Institut Akauntan Malaysia.
Tan Sri Ong Gim Huat
- Berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan pembinaan dan hartanah termasuk perdagangan bahan binaan dan perkakasan.
- Ahli lembaga beberapa syarikat sendirian berhad termasuk Southern Pipe Industry (M) Sdn Bhd yang juga anak syarikat Southern Steel Berhad.
- Aktif dalam program khidmat masyarakat malah memegang jawatan Naib Presiden dan Pemegang Amanah Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.
- Ahli Lembaga Pengelola beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pulau Pinang.
- Pernah memegang jawatan Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah cawangan Pulau Pinang, selain menjadi ahli Pemegang Amanah Pertubuhan Persatuan Pembina dan Pembekal Bahan Binaan Pulau Pinang.
- Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina dari 1994 hingga 1998.
- Graduan Sarjana Muda Perdagangan (Kepujian) dari University of Manitoba, Winnipeg, Kanada pada tahun 1976.
Ashvin J.Valiram
- Pengarah Eksekutif Kumpulan Valiram.
- Memainkan peranan penting dalam transformasi Kumpulan Valiram daripada perniagaan tekstil tradisional kepada fesyen mewah, melalui konsep terkini dalam arena peruncitan pelancongan.
- Pada akhir 1996, inovasi Ashvin membawa kepada pencapaian baru bagi Kumpulan berkenaan dengan pembukaan kedai lapangan terbang yang pertama di dunia, yang mengkhusus dalam penjualan fabrik.
- Kumpulan itu mempunyai beberapa butik di beberapa lapangan terbang antarabangsa di sekitar rantau Asia Pasifik.
- Memainkan peranan penting dalam membawa pereka fesyen antarabangsa Datuk Jimmy Choo dan jenamanya 'pulang' ke Malaysia. Kumpulan itu kini mewakili jenama berkenaan di Malaysia, Singapura dan Australia.
- Anggota Organisasi Keusahawanan yang aktif dan memegang jawatan Naib Presiden Persatuan Pekedai-pekedai Bebas Cukai Malaysia dari 2003 hingga 2006.
- Graduan Sarjana Muda Sains (BsBA) dengan pengkhususan berganda dalam Kewangan dan Perakaunan, serta minor Ekonomi di The American University, Washington D.C.
Astro Awani
Thu Apr 07 2016

Ahli lembaga pengarah 1MDB secara kolektif memutuskan untuk menawar peletakan jawatan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.