Seorang wanita maut selepas ditembak ketika sedang memandu kereta di Jalan Pekaka, Sungai Dua, di sini petang tadi.
Dalam kejadian sekitar 5.45 petang itu, mangsa yang berusia 49 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan pada jarak dekat.
Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan maut ditembak oleh dua penunggang motosikal.
Akibat kejadian itu juga kenderaan mangsa turut melanggar sebuah kenderaan sebelum merempuh tembok sebuah kediaman.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata mangsa yang sedang memandu bersendirian dari Sungai Dua menuju ke Bukit Gambir telah ditembak lebih 10 das dalam kejadian.
"Enam das daripada tembakan itu mengenai bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Astro Awani
Tue Feb 21 2017
Kes tembakan yang berlaku di Sungai Dua, Pulau Pinang pada 21 Februari 2017. - Foto Bernama
Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.
Rexy tegur sikap pemain perseorangan wanita merugut, beri alasan
Pasukan perseorangan wanita negara terus dicengkam kesuraman berpanjangan dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky sukar untuk menyembunyikan penilaiannya terhadap pemain.
Gadis hilang sejak Jumaat lalu ditemui selamat di masjid
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu berjaya ditemui selamat di sebuah masjid di Ampang Jaya, awal pagi tadi.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, Nibong Tebal pada 10 Januari lepas.
[TERKINI] Polis menahan pengasuh Taska dipercayai kaitan kematian bayi lelaki
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.
Jangan sentuh ubur-ubur api terdampar
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menyentuh kehadiran ratusan ubur-ubur api yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda, Marang.
Air pasang besar sebabkan penduduk terpaksa pindah
Fenomena air pasang besar mengakibatkan 16 mangsa membabitkan lima keluarga di Kemaman, Terengganu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penduduk terjejas di Johor catat 3,455 orang
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor menurun ke 3,455 orang berbanding 3,471 orang, pagi tadi.
Protes antiperang, penunjuk perasaan Israel bertempur dengan polis
Puluhan penunjuk perasaan Israel bertempur dengan anggota polis dalam protes antiperang di Tel Aviv pada Sabtu.
Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan
Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini malam tadi, selamat dikebumikan.
Empat pengebom dibunuh sebelum sempat laksana misi di barat laut Pakistan
Kejadian berlaku di daerah Mohmand apabila sekumpulan empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan.
Suspek samun kedai emas di Plaza Metro Kajang ditembak mati
Suspek kes samun kedai emas di Plaza Metro Kajang, pada 17 Jun lalu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK di Kajang, petang Selasa.
Pempengaruh maut ditembak di restoran
Rakaman kamera CCTV dalam restoran tersebut menunjukkan pempengaruh itu ditembak sebanyak tiga kali sebelum penyerang melarikan diri.
Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun
Kumpulan itu menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman, selain bertindak ganas termasuk menetak mangsa.
Ahli politik antara 2 ditembak mati di India
Presiden parti INLD, Nafe Singh Rathee sedang menaiki kenderaan apabila penyerang yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang ke arah kenderaannya.
Lelaki warga Thailand maut ditembak di perairan Pantai Remis
Seorang lelaki warga Thailand maut akibat ditembak oleh sekumpulan disyaki warga Indonesia di perairan Pantai Remis.
9 disyaki pemberontak terbunuh dalam pertempuran di Filipina
Pihak tentera turut menemukan lapan senjata api di lokasi kejadian.
Seorang lagi ahli politik Equador maut ditembak menjelang pilihan raya
Kurang seminggu sejak calon presiden Ecuador, Fernando Villavicencio ditembak mati ketika berkempen di Quito, seorang lagi ahli politik menerima nasib yang sama di barat laut negara itu.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Renjer Perhilitan mati ditembak: Mahkamah arah bayar ganti rugi RM281,807
Mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman.