HAMPIR empat bulan rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau kini sudah diberikan sedikit kelongaran melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tahun ini, bukan sahaja kita menyambut ramadan dengan cara baharu malah sambutan Aidilfitri, Kaamatan, dan gawai juga perlu di sambut dengan gaya Normal Baharu.

Meskipun ia agak sukar, namun itulah yang harus dilakukan oleh semua rakyat Malaysia dalam sama-sama membantu membendung penularan COVID-19.

Sebelum kita beralih ke bulan baharu, ini antara berita-berita menarik sepanjang Mei 2020.


NORMAL BAHARU : AKTIVITI ZIARAH-MENZIARAHI HANYA DIBENARKAN PADA HARI PERTAMA PERAYAAN

Musim perayaan tidak lengkap jika kita tidak pulang ke kampung dan kunjung mengunjung rumah sanak saudara.

Namun tahun ini nampaknya kebiasaan itu terpaksa diubah kerana dunia kini sedang mengalami satu perubahan yang agak drastik.

Malaysia antara negara yang tidak terkecuali dalam mempraktikan normal baharu untuk keselamatan masyarakat sejagat.

BACA : PKPB: Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan

BACA : PKPB: Kompaun bukan main-main

BACA : Normal baharu: Suasana Aidilfitri di kampung nyata berbeza





BAPA TUNGGAL HILANG TIGA ORANG ANAK SERENTAK, AIDILFITRI PALING SEDIH BUAT LIMA BERADIK YATIM PIATU

Dalam kita semua bergembira menyambut perayaan Aidilfitri meskipun dalam keadaan normal baharu, namun ada juga yang menyambutnya dengan air mata.

BACA : Aidilfitri paling sedih buat lima beradik yatim piatu

BACA :
Lelaki maut dilanggar pemandu mabuk melawan arus di Kuantan

BACA : 'Lembik tengok tiga keranda anak-anak di rumah' - Bapa mangsa lemas tiga beradik



TETAP TERSENYUM MESKIPUN SAMBUT SYAWAL BERSENDIRIAN

Berada jauh dari keluarga bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi terpaksa membatalkan niat untuk pulang ke kampung halaman kerana penularan COVID-19.

Penduduk Malaysia di Jepun, Syafiqa Yusri reda menyambut aidilfitri berseorangan di Jepun.

Pada masa sama, Pengasas Cheka Movement, Syafiq Mobin terus menyebarkan senyuman bersama rakan-rakannya dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik semasa perlaksanaan PKP.

Usahanya bersama rakan-rakan telah mendapat perhatian oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo.

BACA : Anak Malaysia di Jepun reda terpaksa beraya di perantauan dek COVID-19



PUTUS ASA? #INDONESIATERSERAH "TRENDING" DI MEDIA SOSIAL

Dalam dunia sedang giat memerangi penularan wabak pandemik COVID-19, barisan petugas hadapan Indonesia dilihat seperti sudah berputus asa.

Kata kunci "Indonesia? Terserah!!!" menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat disana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang telah ditetapkan dalam membendung wabak COVID-19.

BACA : #IndonesiaTerserah! Luahan kecewa akibat terlalu ramai tidak patuh penjarakan sosial



SITI NURHALIZA KONGSI MOMEN AIDILFITRI PALING MANIS SEPANJANG BERGELAR ANAK SENI

24 Tahun bergelar sebagai anak seni, sudah pasti banyak kisah menarik yang menjadi kenangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Antara momen yang mungkin tidak boleh dilupakan pelantun lagu Sesuci Lebaran ialah apabila terpaksa menjadi "waiter".

Eh, kenapa Siti Nurhaliza kena jadi waiter pula? Saksikannya dalam Gala Aidilfitri



Dapatkan berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah:

BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu

BACA : Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku

BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia

BACA : Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei