Sejumlah 47 individu ditahan polis dan Jabatan Perhilitan sejak September lalu hasil Op Bersepadu Khazanah yang bertujuan melindungi hidupan liar dan pemuliharaan hutan.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Datuk Zainal Abidin Kasim bekata, mereka yang ditahan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah warga asing terdiri daripada China, Kemboja, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Thailand.
Ujarnya, warga asing yang terlibat dipercayai dibantu oleh orang tempatan untuk mereka akses ke dalam hutan bagi mendapatkan sumber flora dan fauna terutama spesies terancam.
"Ada yang datang (memasuki Malaysia) melalui saluran tertib (yang sah) dan ada yang ceroboh masuk. Perincian laluan itu semua akan dibuat siasatan.
"Ada orang tempatan yang membantu mereka (pemburu haram) ini. Kita tahu benda ini berlaku terutamanya di Endau Rompin.
"Saya difahamkan memang ada penglibatan orang tempatan. Sama ada mereka membantu atau orang (negara) asal yang sudah dapat (bermastautin) sini atau ketua (sindiket) yang menghantar mereka masuk dan menjadi pembeli," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman di sini hari ini.
Menurut beliau, selain peralatan pemburuan haiwan dan alat penebangan pokok, turut dirampas adalah item yang disyaki sebahagian daripada hidupan liar.
"Antara yang dirampas dalam operasi pada 9 November lalu di Gua Musang adalah kuku, kantung dan taring harimau, air mani gajah dan kulit kijang hidupan liar," katanya.
Tambahnya, polis dan Perhilitan akan mempertingkatkan kerjasama operasi bersepadu di beberapa kawasan tumpuan termasuk di sempadan negara dan Taman Negara Endau Rompin, Johor.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 12 2019
Selain peralatan pemburuan haiwan dan alat penebangan pokok, turut dirampas adalah item yang disyaki sebahagian daripada hidupan liar. - Foto PDRM
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
Remaja Australia minum alkohol beracun di Laos meninggal
Seorang lagi pelancong asing maut akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, pada Khamis.
Saman terhadap individu cuba rentas negeri sambut Ramadan
Tindakan saman akan dikenakan terhadap individu yang dikesan cuba merentas negeri untuk balik ke kampung bagi menyambut hari pertama Ramadan.
Air mani gajah, kantung harimau jadi buruan pemburu haram
Antara yang dirampas dalam operasi pada 9 November lalu di Gua Musang adalah kuku, kantung dan taring harimau, air mani gajah dan kulit kijang hidupan liar