Air Asia India Ltd (AAIL) menafikan tuduhan Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes yang didakwa melanggar peraturan dalam mendapatkan permit penerbangan antarabangsa.
"AAIL menafikan apa-apa kesalahan dan kini bekerjasama dengan semua pengawal selia dan agensi untuk membentangkan fakta yang betul. Kami berharap dapat memberikan penyelesaian awal kepada semua isu tersebut," kata Pengarah AAIL, Shuva Mandal dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut laporan Press Trust of India, CBI telah memfailkan satu kes terhadap Fernandes, menuduhnya memanipulasi dasar kerajaan melalui rasuah dan melanggar peraturan untuk mendapatkan lesen antarabangsa untuk perniagaannya di India.
CBI mendakwa bahawa Fernandes dan beberapa yang lain telah mempengaruhi pegawai India untuk menghapuskan peraturan yang memerlukan syarikat penerbangan berpangkalan di India untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya lima tahun operasi dan mempunyai 20 pesawat yang ditempatkan di pasaran domestik sebelum terbang ke luar negeri, yang dirujuk sebagai peraturan 5/20.
Dalam tempoh dua tahun lalu, kerajaan India telah mengubah beberapa dasar untuk menarik pelaburan langsung asing dalam sektor penerbangannya, termasuk peraturan 5/20.
AirAsia India adalah usaha sama antara Tata Sons Ltd dari India dan AirAsia Bhd, yang mula beroperasi pada Jun 2014.
AirAsia Bhd memiliki 49 peratus kepentingan syarikat penerbangan yang kini mempunyai 18 pesawat dan merancang untuk terbang ke luar negara selepas memperoleh dua pesawat lagi.
Pada 12.30 tengah hari, saham Kumpulan AirAsia di Bursa Malaysia jatuh 20 sen kepada RM3.11 dengan 21.19 juta saham bertukar tangan.
Sementara itu, saham AirAsia X susut satu sen kepada 36.5 sen dengan 19.11 juta saham diurus niaga.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 30 2018
CBI telah memfailkan satu kes terhadap Fernandes, menuduhnya memanipulasi dasar kerajaan melalui rasuah. - REUTERS
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.
ASEAN 2025: Malaysia ketengah tiga tonggak utama di Pemukiman Menteri Luar
Tiga tonggak utama yang akan diketengahkan ialah politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.
Malaysia yakin hadapi sebarang cabaran mungkin berlaku daripada pentadbiran Trump
Masih terlalu awal untuk memastikan bahawa ketegangan antara China dan Amerika Syarikat akan berlaku semasa pentadbiran Trump.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.