Seorang akauntan lelaki sebuah syarikat swasta di George Town di sini, berputih mata apabila wang RM500,000 hasil simpanannya dalam beberapa akaun bank lesap selepas ditipu individu menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), dipercayai sindiket penipuan 'Macau Scam'.
Mangsa Lim Lye Bee, 53, berkata beliau menerima mesej menerusi telefon bimbitnya daripada pihak yang mengaku sebagai pegawai bank mengatakan kad kreditnya digunakan di sebuah kedai barang kemas berjumlah RM4,299.
"Saya kemudian diminta membuat panggilan ke satu nombor sekiranya tidak melakukan transaksi itu dan kemudian bercakap dengan seorang wanita memaklumkan saya berhutang RM7,900.45 atas kad kredit Visa Platinium CIMB Bank yang didaftarkan atas nama saya pada 25 Ogos lepas.
"Wanita itu memaklumkan kemungkinan nama saya disalah guna oleh orang lain dan dia juga meminta untuk menghubungi BNM di satu nombor yang diberikan untuk siasatan pihak berkenaan (BNM)," katanya pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA Pulau Pinang, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Biro Pekhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Pulau Pinang Gui Guat Lye.
Lim yang berkhidmat sebagai akauntan sejak 27 tahun lepas, berkata beliau menghubungi nombor diberikan wanita itu dan bercakap dengan seorang lelaki yang memaklumkan dia telah membuat semakan di BNM dan mendapati ada orang menggunakan namanya untuk membuat kad kredit.
Beliau berkata lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu meminta beliau menutup semua akaun banknya dan memberikan nombor akaun kepada suspek serta memaklumkan pegawai atasan BNM akan menghubunginya.
"Selepas itu, saya terima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai BNM, dan meminta saya memindahkan duit simpanan ke akaun kawalan BNM atas nama Looi Kai Weng dan Low Chie Seng menerusi dua akaun bank. Saya membuat sembilan kali pindahan wang daripada akaun Public Bank dan Hong Leong Bank milik saya," katanya.
Beliau berkata pegawai yang mendakwa daripada BNM itu memaklumkan buku akaun kawalan BNM dan butiran laporan kes akan diserahkan kepadanya pada keesokan hari, selepas semua urusan selesai namun sehingga kini beliau tidak menerima sebarang dokumen tersebut.
"Selepas mendapati tidak menerima sebarang maklum balas, saya rasa curiga dan tertipu serta membuat laporan polis dan laporan kepada BNM berhubung perkara itu. Saya langsung tidak menyangka akan ditipu kerana percayakan kepada lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu.
"Lagi pun berdasarkan pengalaman seorang pelanggan saya pernah mengalami perkara yang sama iaitu identitinya digunakan orang lain untuk membuat kad kredit. Dia melalui proses yang sama namun tidak ditipu sebaliknya berjaya menyelesaikan masalah kad kredit yang digunakan atas namanya.
"Sebab itu saya percaya, lagi pun sindiket itu memberi butiran lengkap termasuk nombor laporan kes saya," katanya.
Lim berkata semasa urusan dijalankan melibatkan perbualan telefon dan pemindahan wang, dia hanya mengikut arahan sindiket itu tanpa mengesyaki apa-apa, malah berasa seperti dipukau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dan membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak terbabit terutama BNM bagi memastikan tidak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2017

Beliau berkata lelaki yang mendakwa sebagai pegawai BNM itu meminta beliau menutup semua akaun banknya dan memberikan nombor akaun kepada suspek serta memaklumkan pegawai atasan BNM akan menghubunginya. - Gambar hiasan

Harimau Malaya lawan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim - FAM
Keputusan untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim selepas mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Johor sebagai tanda permulaan revolusi Harimau Malaya.

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Wanita didakwa tipu pelaburan tidak wujud lebih RM1.6 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menipu dua individu berhubung pelaburan tidak wujud berjumlah lebih RM1.6 juta sejak 2017.

Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.

Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.

Wanita warga Indonesia rugi lebih RM4 juta diperdaya sindiket pelaburan Forex
Seorang wanita warga Indonesia mendakwa kerugian lebih RM4 juta selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang asing (Forex) yang berpangkalan di Labuan.

Najib: Akaun bank saya digunakan bagi tujuan CSR
Najib berkata meskipun akaun semasa tersebut didaftarkan atas nama beliau, ia tidak digunakan bagi perbankan peribadi atau urusan persendirian.

Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.

Pasangan kekasih diberkas bersama dadah lebih RM2 juta
Polis menumpaskan sindiket mengedar dan memproses dadah selepas menahan sepasang kekasih serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dalam serbuan berasingan.

Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.

SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.

Mahkamah tolak permohonan Aman Palestin untuk mulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun bank
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Aman Palestin untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung pembekuan 11 akaun banknya oleh SPRM.