Setelah bertarung nyawa di Institut Jantung Negara (IJN) selama tiga minggu, kini tiba masanya untuk wira kesayangan negara Muhammad Adib Mohd Kassim pulang ke kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.
Namun, kali ini kepulangannya berbeza daripada yang sebelumnya.
Kerana, hanya jasadnya yang terletak di dalam keranda berbalutkan Jalur Gemilang, tanda tumbangnya seorang perwira negara.
Perjalanan terakhir wira ini bukan biasa-biasa.
Menerima penghormatan terakhir dari pegawai kanan serta rakan seperjuangan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bahkan lebih luar biasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Sr Siti Hasmah Ali sendiri hadir ke Pangkalan Udara JBPM Subang untuk sama-sama menghantar Muhammad Adib menaiki Helikopter Mi17-IV.
Sedang di atas helikopter, cebisan ini ditulis, sambil mata ini menyaksikan sendiri ketenangan yang tertera di wajah ayahnya, Mohd Kassim Abdul Hamid.
Biarpun jasad anak kesayangannya di depan mata, Mohd Kassim hanya termenung memerhati keranda berbalutkan bendera Malaysia.
Mata ini juga menyaksikan tunang Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, memeluk erat beg sandangnya sambil turut merenung keranda di depan mata.
Muhammad Adib dan Nurul Najihah merancang mengadakan majlis perkahwinan mereka pada Sabtu, 22 Disember ini.
Kepedihan dan kesedihan mereka barang kali tiada siapa mampu menduga.
Perjalanan ini, menurut pegawai bomba yang mengiringi, akan memakan masa kira-kira 1 jam 45 minit sebelum mendarat di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah.
Difahamkan, Muhammad Adib akan dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Tebengau sebelum Zohor.
Firdaus Azil
Tue Dec 18 2018
Suasana di Pangkalan Udara JBPM Subang sebelum jenazah arwah Muhammad Adib diterbangkan ke Kedah. --fotoBERNAMA
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara melalui pelancaran satelit UzmaSAT-1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.
TRAVEX 2025 himpun peserta dari 42 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Lega tambahan RM100 dalam sara, beli keperluan asas
Langkah kerajaan meningkatkan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) nyata memberi kelegaan kepada golongan penerima, khususnya kumpulan miskin dan miskin tegar.
Pengarah Majlis Bandaraya Diraja Klang didakwa terima suapan RM3,500
Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500, enam tahun lepas
Na'imah mohon rujuk persoalan undang-undang kes tidak isytihar harta
Keputusan sama ada balu bekas Menteri Kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh merujuk persoalan undang-undang berkenaan pertuduhan yang dihadapi berpelembagaan atau sebaliknya pada 18 Feb depan
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia" - Fahmi
"Belum pilihan raya lagi, dia boleh hidup dengan angan-angan dia," jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagi menjawab kenyataan yang dimuat naik oleh Tan Sri Annuar Musa di Facebook beliau. #AWANInews
Trafik penumpang udara Malaysia 2024 meningkat 14.3 peratus
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Titah Adendum: "Tidak dibincangkan, Kabinet tidak arahkan" - Fahmi
Kabinet tidak membincangkan atau mengarahkan Peguam Negara untuk memohon perintah larangan bersuara (gag order) bagi melarang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum. #AWANInews
Malaysia berhasrat anjur kejohanan berbasikal Piala Negara-Negara UCI 2026
Malaysia nyata hasrat untuk menganjurkan satu daripada tiga pusingan kejohanan berbasikal trek Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tahun depan.
Subang hidung tersangkut, wanita 'melekat' pada kerusi
Seorang wanita menghadapi detik cemas apabila subang hidung yang dipakainya melekat pada kerusi sehingga terpaksa ke balai bomba Bandung untuk melepaskannya.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
Kebakaran: Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang - Rapid Rail
Stesen KLCC dibuka semula kepada penumpang dan kembali beroperasi pada jam 5.52 petang tadi selepas insiden kebakaran pada Khamis.
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas: 42 penumpang dikhuatiri maut, 28 terselamat
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar, 500 dipindahkan
Kebakaran berlaku di sebuah dewan dalam kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul pada Sabtu, memaksa hampir 500 orang dipindahkan, lapor agensi berita Yonhap.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.